Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022, Ini Senarai Penerima Insentif

JOHOR : Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 merupakan insentif khas 2022 yang baru di umumkan oleh menteri besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui sebuah pengumuman khas pada 14 April 2022 kemarin. Cara permohonan, semakan status dan syarat kelayakan boleh rujuk jabatan atau agensi di bawah kerajaan Johor yang telah di pertanggungjawabkan untuk menguruskan insentif bantuan ini

Untuk Bantuan Kasih untuk Bangsa Johor ini, kerajaan negeri memperuntukan dana sebanyak RM144.36 juta.

Bantuan ini akan meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi.

 Daripada 5 kategori ini, ianya di pecahkan kepada 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor secara menyeluruh.

Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022

bantuan kasih bangsa johor 28 senarai insentif

Setiap bantuan insentif ini, bangsa johor boleh merujuk kepada badan-badan kerajaan dan agensi-agensi di bawah kerajaan Johor untuk cara permohonan dan maklumat lanjut.

Berikut disenaraikan antara bantuan yang telah diumumkan dalam Insentif Khas Kerajaan Negeri Johor pada 14 April 2022:

  1. Bantuan Beras Bangsa Johor
    • Setiap Ketua Isi Rumah di Johor akan menerima 10kg beras
    • Di uruskan oleh Jabatan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dan Pejabat Daerah masing-masing
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666526
  1. Bantuan Pekerja Ekonomi GIG
    • Bantuan RM300 Pemandu Teksi, e-Hailing, Penghantar makanan
    • Di urusakan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-5225400
  1. Bantuan Imarah Masjid & Surau
    • RM500 Kepada Imam, Bilal, Noja, Kariah serta penggerak masjid dan penyelia Al-Quran
    • Di uruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2282900

  1. Bantuan Khas Aidilfitri Fakir Miskin
    • RM400: Golongan fakir
    • RM300: Golongan miskin dan setiap tanggungan pula terima tambahan RM50
    • Di uruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2282900

  1. Bantuan Pasangan Raja Sehari
    • Bantuan RM1000 kepada pasangan yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah
    • Di uruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri johor dan Jabatan Pendaftaran Negara
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2282900 (JAINJ), 07-2341690 (JPN)

  1. Program i-Berkat
    • Bantuan kepada golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) berbentuk barang sumbangan isi rumah dan kit kesihatan serta barang keperluan pesakit kronik / terlantar
    • Di uruskan oleh Jabatan Pembangunan Keluarga Darul Takzim
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666526

  1. Bantuan Pengusaha Bot Pelancongan
    • RM1000 untuk pemandu pelancong, pengusaha homestay dan pengusaha bot pelancongan
    • Di uruskan oleh TOURISM Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432

  1. Bantuan Pemandu Bas Awam & Bas Ekspres
    • Bantuan RM300 bagi pemandu bas yang berdaftar dengan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)
    • Di uruskan oleh Pengangkutan Awam Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-5225400

  1. Bantuan Geran Pesara Polis
    • Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor
    • Di uruskan oleh Pejabat Menteri Besar Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666355
  1. Bantuan Geran Pesara ATM
    • Bantuan Geran Kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Johor
    • Di uruskan oleh Pejabat Menteri Besar Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666355
  1. Bantuan Ketua Kampung
    • Bantuan RM500 Kepada Ketua Kampung
    • Di uruskan oleh setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666070

  1. Biasiswa Bangsa Johor

  1. Bantuan Mahasiswa IPTA /IPTS
  1. Bantuan Kepada Nelayan
    • Nelayan-nelayan berdaftar dengan jabatan perikanan
    • Di uruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2244079

  1. Insentif Mesra rumah sewa kerajaan (RSK)
    • Di uruskan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-266620
  1. Insentif Perumahan Rakyat (PPR)
    • Di uruskan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-266620
  1. Anak Johor Prihatin
    • anak yatim bersekolah yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali akibat wabak COVID-19
    • Bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM100 akan disalurkan kepada anak yatim dan anak yatim piatu hingga tamat persekolahan
    • bantuan simpanan pendidikan dan perlindungan insurans bagi anak yatim piatu sehingga mereka berumur 21 tahun
    • Di uruskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tazim
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666526
  1. Bantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas Dan Anak Yatim
    • Geran RM10,000 diberikan kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Di uruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Untuk makulmat lanjut, sila hubungi : 07-22282970
  1. Bantuan Geran Orang Muda Johor
    • Di uruskan oleh Insitut Dato Onn
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2071551
  1. Bantuan Geran Majlis Belia Negeri Johor
    • Diuruskan oleh Pejabat Menteri Besar Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666355
  1. Bantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 Kepada Pelajar Sekolah Rendah
    • Dari keluarga berpendapatan RM3,000 hingga RM7,000
    • bAGI KELUARGA BERPENDAPATAN rm3,000 ke bawah, bantuan awal persekolahan telah diuruskan oleh kerajaan persekutuan pada tahun ini
    • Di rusukan oleh Yayasan Pelajaran Johor dan Kementarian Pendidikan Malaysia
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2344355
  1. Bantuan RM2,000 Kepada Agensi Pelancongan
    • Yang berdaftar di bawah MOTAC
    • Diuruskan oleh TOURISM Johon
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432
  1. Bantuan RM1,000 Kepada Pengusaha Homestay
    1. Yang berdaftar di bawah MOTAC
    2. Diuruskan oleh TOURISM Johor
    3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432
  1. Bantuan RM2,000 Kepada Operator hotel
    • Yang berdaftar di bawah MOTAC
    • Diuruskan oleh TOURISM Johor
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432
  1. Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan
    • Meneruskan pengecualian bayaran sewa premis dan gerai milik PBT tahun 2022
    • Di uruskan oleh Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666380
  1. Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan
    • Pengecualian bayaran pembaharuan lesen penjaja dan PKS tahun 2022
    • Di uruskan oleh Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2666380
  1. Bantuan Geran Southern Volunteers
    • Diuruskan oleh Johor Youth Development Centre
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2661698
  1. Bantuan RM1000 Kepada Pemandu Pelancong
    • Berdafatar dengan MOTAC
    • Diruskan oleh TOURISM JOHOR
    • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 07-2241432

Pengumuman bantuan ini juga boleh di lihat menerusi media rasmi TV3

https://www.youtube.com/watch?v=Jcf4OVX0o9A

Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri Johor juga telah bersetuju untuk memperuntukan bantuan kewangan sebanyak RM18.81 juta. Bantuan ini berbentuk setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kira-kira 13,400 penjawat awam negeri ini.

Maklumat lanjut tentang insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 boleh dilihat dan dimuat turun di https://www.johor.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!