Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 & Hadiah Kecermerlangan Pelajar SPM, STPM & STAM 2021

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar SPM, STPM & STAM 2021 telah dibuka. Bagi pelajar yang layak, anda di alu-alukan untuk memohon penganugerahan ini.

Anugerah Pingat Emas merupakan salah satu inisiatif dan langkah Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu dalam menghargai dan mengiktiraf setiap usaha pelajar bagi meraih kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah diri

Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 & Hadiah Kecermerlangan Pelajar SPM, STPM & STAM 2021

anugerah pingat emas yayasan terengganu 2022

Penganugerahan ini telah bermula sejak tahun 1980 yang lalu sehingga kini (2020) seramai 77 orang pelajar telah dianugerahkan pingat emas dan seramai 123,584 orang pelajar telah di beri hadiah kecemerlangan Yayasan Terengganu untuk kategori UPSR/PPSR, PT3/PBSMR, SPM, STPM dan STAM. Program ini diadakan adalah untuk memberi insentif serta pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dari kalangan anak-anak negeri Terengganu Darul Iman di Peringkat UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM sama ada yang belajar di dalam (semua kategori) ataupun di luar negeri Terengganu (kategori SPM shj).

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk menerima penganugerahan ini boleh dibuat mulai 23 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022

Syarat-Syarat Permohonan

hadiah kecemerlangan pelajar yayasan terengganu
  1. Pemohon mestilah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing seperti berikut:
    – Bagi peperiksaan SPM 2021: Semua A (A+,A & A-)
    – Bagi peperiksaan STPM 2021: PNGK (3.84 hingga 4.00)
    – Bagi peperiksaan STAM 2020: Semua mumtaz
  2. Ibu atau bapa adalah rakyat Negeri Terengganu; atau
  3. Ibu dan bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu;
  4. Ibu atau bapa mestilah pemilih berdaftar di DUN Negeri Terengganu.

Kriteria Pemberian Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022

  • Memperolehi keputusan SPM 9A (A+, A, A-) dan ke atas (termasuk A+ dalam 6 subjek teras).
  • Hanya Sembilan (9) mata pelajaran terbaik akan diambil kira dalam pemarkahan akademik (Termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia).
  • Mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan keperibadian serta aktif kegiatan kokurikulum semasa di sekolah.
  • Pemilihan penerima Anugerah Pingat Emas Dilakukan Oleh Jawatankuasa Panel Hakim Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

Kriteria Pemberian Hadiah Kecemerlangan Pelajar

  • Memperolehi keputusan peperiksaan SPM, SEMUA A (A+, A, A) dalam setiap mata pelajaran yang diambil.
  • Memperolehi PNGK 3.84 hingga 4.00 bagi calon STPM
  • Manakala bagi calon peperiksaan STAM, calon haruslah memperolehi keputusan MUMTAZ

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Kad pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang telah DISAHKAN.
  2. Surat pengesahan bermastautin sekiranya ibu dan bapa BUKAN RAKYAT TERENGGANU yang telah DISAHKAN.
  3. Keputusan peperiksaan SPM ATAU STPM ATAU STAM yang DISAHKAN.

Semua dokumen ini perlu dimuat naik dan digabungkan di dalam satu pdf file

Cara Permohonan

Permohonan anugerah dan hadiah kecemerlangan ini boleh dipohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Isi borang permohonan dengan melayari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/
  2. Lengkapkan borang permohonan.
  3. Pastikan semua maklumat adalah tepat.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.

Semakan Status Permohonan

  • Semakan permohonan boleh dibuat melalui laman web yang sama ketika pendaftaran
  • Masukan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan / cetak permohonan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021, sila layari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/ atau hubungi ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!