Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut & Darat 2022 Dilanjutkan

Sukacita di maklumkan Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut dan Darat dilanjutkan sehingga 16 Jun 2022.

Perlanjutan ini untuk memberi peluang lebih ramai nelayan dapat menghantar borang permohonan untuk menerima bantuan dan inisiaitf daripada kerajaan Johor ini.

Nelayan laut dan darat negeri Johor di pelawa untuk memohon bantuan ini. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Perikanan Daerah lesen nelayan didaftarkan.

 

 

Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut Dan Darat

bantuan nelayan laut darat johor

Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 merupakan insentif khas 2022 yang baru di umumkan oleh menteri besar Johor YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui sebuah pengumuman khas pada 14 April 2022 yang lalu.

Bantuan ini akan meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi.

Daripada 5 kategori ini, ianya di pecahkan kepada 28 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor secara menyeluruh.

 

Salah satu golongan sasar atau penerima bantuan ini adalah golongan nelayan. Peruntukan sebanyak RM3.38 Juta di khaskan untuk bantuan nelayan dengan jumlah sasaran penerima sebanyak 11,267 orang nelayan

 

Jumlah Bantuan Nelayan Laut & Darat

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada nelayan laut dan darat yang berdaftar dan layak adalah sebanyak RM300.

 

Syarat Permohonan

Permohonan merupakan nelayan laut atau darat berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor

 

Cara Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perikanan Daerah Kawasan lesen didaftarkan.
  2. Rujuk pautan berikut https://www.dof.gov.my/hubungi-kami/lokasi-pejabat-perikanan-daerah/  untuk mengetahui lokasi Jabatan Perikanan Daerah yang berhampiran.
  3. Borang pendaftaran juga boleh di dapati di semua pejabat perikanan daerah secara percuma.

 

 

Dokumen yang diperlukan

  1. Kad Pengenalan bagi tujuan verifikasi;
  2. Borang permohonan yang lengkap
  3. Salinan MyKad Biru yang disahkan
  4. Salinan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan / lessen menangkap ikan darat yang sah tempoh
  5. Salinan Kad Nelayan yang sah tempoh (bagi nelayan laut sahaja)
  6. Penyata akuan yang aktif dan disahkan oleh bank berkenaan
  7. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

 

 

Maklumat lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut dan Darat, anda boleh rujuk  melalui laman Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor iaitu https://www.facebook.com/PejabatPerikananNegeriJohor/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!