GMI: Permohonan Ke German-Malaysian Institute | Pengambilan Jan 2022

GMI: Permohonan Ke German-Malaysian Institute | Pengambilan Jan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan,  Permohonan Ke German-Malaysian Institute untuk Pengambilan Jan 2022 kini telah dibuka. Kepada sesiapa yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pendidikan ke GMI, sila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. 

German-Malaysian Institute (GMI)

German-Malaysian Institute (GMI) ialah sebuah pusat latihan yang berasaskan kemahiran dan menyediakan latihan praktikal dan teori yang komprehensif serta seimbang. Institut ini menawarkan pendidikan kejuruteraan, dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri.

Selain itu, ia juga  mempunyai kelengkapan fasiliti berteknologi tinggi untuk pelbagai jenis bidang kemahiran.

GMI

Program Yang Ditawarkan 

Berikut ialah antara bidang pengajian yang ditawarkan;  (sila rujuk gambar)

  • Kejuruteraan Mekanikal (6 program)
  • Kejuruteraan Elektrik (7 program)
  • Pengajian umum dan Pra Universiti (2 program)
GMI
GMI

Kemudahan Tersedia Di GMI: 

  • Tajaan MARA
  • Bantuan yuran pengajian
  • Duit poket RM630 setiap bulan sepanjang pengajian
  • Diskaun Pembayaran Balik Sehingga 85%*
  • Pembelajaran 70% Praktikal & 30% Teori
  • Penginapan & Persekitaran Kampus Yang Kondusif
  • Peluang Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Dalam & Luar Negara
  • 14 Pusat Teknologi Hasil Kolaborasi Bersama Industri
  • Kelengkapan Pembelajaran Praktikal Bertaraf Industri

*Tertakluk kepada syarat kelayakan.

*Pembiayaan MARA dijamin (tertakluk kepada terma dan syarat).

GMI

Permohonan Pengambilan GMI Januari 2022

Anda kini boleh membuat permohonan dengan melayari pautan berikut: https://sis.sqayy.com/onlineapp/ atau, gmi.edu.my/onlineapp

Syarat-Syarat Kelayakan Pemohon

Lulus SPM + 3 Kredit (Termasuk subjek Matematik dan mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal)

*untuk syarat-syarat kelayakan yang lain, sila rujuk laman web rasmi German-Malaysian Institute.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui info lanjut, sila layari: www.gmi.edu.my atau https://linktr.ee/germanmalaysianinstitute

Atau,anda boleh Whatsapp pegawai pengambilan di bawah untuk sebarang pertanyaan:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!