Rumah Siswa : Portal Carian Rumah Sewa Untuk Pelajar IPT

Anda pelajar IPT yang mencari rumah sewa disekitar IPT anda? Tahukah anda, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan kemudahan website yang dikenali sebagai Portal Rumah Siswa.

Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) sentiasa komited dan prihatin dalam memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan pelajar luar kampus diberi perhatian yang sewajarnya.

Bagi memenuhi hasrat tersebut, KPT telah melancarkan insiatif Rumah Siswa yang telah disempurkan oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi

Portal ini dibangunkan bagi membantu pelajar dalam urusan sewa penginapan dan bertujuan untuk untuk semua pelajar IPTA yang ingin mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus masing-masing, dengan lebih mudah.

Apa Itu Portal Rumah Siswa

Portal Rumah Sewa Siswa adalah satu platform yang membantu mahasiswa IPT dalam urusan sewa penginapan di sekitar IPT masing-masing.

Kemudahan ini juga untuk memastikan bahawa pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak teraniaya apabila berurusan dengan tuan rumah. Selain itu, pelajar dapat membuat persediaan untuk mencari rumah sewa dengan lebih mudah dan teratur.

Tujuan Portal Rumah siswa

Portal ini juga dapat memastikan wujudnya pangkalan data khusus di peringkat universiti berkaitan lokasi penginapan, kemudahan yang diperolehi, jarak terhadap akses kemudahan universiti serta paling penting aspek keselamatan pelajar luar kampus

  • Panduan mahasiswa untuk mencari rumah sewa sekitar kampus
  • Memberi khidmat nasihat
  • Memudahcara proses pencarian bilik atau rumah sewa
  • Mengekalkan harga sewa rumah pada kadar berpatutan

Kompenan Utama Ruma Siswa

Inisiatif Rumah Siswa melibatkan tiga (3) komponen utama iaitu;

  • Pembangunan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus;
  • Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus; dan
  • Portal Rumah Siswa.

Senarai IPTA Terlibat

rumah siswa portal cari rumah sewa pelajar ipt

Bagi inisiatif Pembangunan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus, KPT bersama 20 buah Universiti Awam telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus (UPLK) yang berperanan sebagai pentadbir, penasihat, khidmat kaunseling perumahan dan pemantau kepada pelaksanaan program serta aktiviti pelajar luar kampus.

Antara senarai IPT yang terlibat;

  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Cara Daftar Rumah Siswa

  1. Layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang ‘Verify Email Address’ untuk mengesahkan email.
  5. Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang ‘Cari.’
  6. Senarai kediaman dipaparkan untuk rujukan pelajar.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda perlukan keterangan lanjut mengenai  Portal Rumah Siswa, sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!