Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Cara Mohon, Syarat

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Cara Mohon, Syarat & Semakan Status

Belanjawan 2023 Insiatif Pendapatan Rakyat (IPR) memberi tumpuan kepada strategi dua hala untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan keluarga B40 sambil mereka cuba menyelesaikan masalah ekonomi harian melalui strategi RPI. IPR memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat melalui inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan penyedia perkhidmatan. Kerajaan akan membantu kira-kira 130,000 rakyat miskin daripada semua kaum untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui sistem yang menyeluruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan melaksanakan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan memberi tumpuan kepada memperkasa golongan miskin untuk meningkatkan kuasa pendapatan mereka. Sebanyak RM750 juta untuk 2023 diperuntukkan kepada Kementerian Ekonomi untuk menjayakan IPR.

Perdana Menteri juga dalam ucapanya, kerajaan akan melaksanakan banyak kaedah baharu untuk membaiki kelemahan –kelemahan yang dibuat kerajaan sebelum ini untuk membantu keluarga miskin mendapatkan pendapatan

Apa Itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

insiatif pendapatan rakyat ipr

Insiatif pendapatan rakyat ialah salah satu usaha baharu di bawah kerajaan perpaduan menerusi belanjawan 2023 yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan msikin tegar supaya meningkatkan potensi pendapatan disediakan kepada Kementerian ekonomi tahun 2023.

Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan strategik selaras dengan keseluruhan strategi negara seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RM12) dan prinsip Ihsan di bawah dasar negara. Tiga inisiatif di bawah IPR iaitu Inisiatif Usahawan Pertanian (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Pengendali Perkhidmatan (IKHSAN).

Baca juga insiatif lain dalam Belanjawan 2023

Tiga kategori insiatif yang ditawarkan di bawah IPR ialah ;

  • Usahawan Tani
  • Usahawan Makanan
  • Operator Perkhidmatan

Siapakah sasaran penggerak IPR untuk membantu atau memadankan pihak berikut:

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)

  • Perniagaan pertanian
  • Rantaian pengedaran makanan
  • Pengeksport
  • Agensi kerajaan yang terlibat
  • Koperasi

Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)

  • Operator mesin layan diri (vending machine)
  • Syarikat ingin menyediakan makanan kepada pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha di premis kerajaan persekutuan dan negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat menggunakan mesin layan diri untuk menghidangkan makanan kepada pelajar, kakitangan dan pelawat.
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan perubatan yang merancang untuk menggunakan mesin layan diri untuk menghidangkan makanan kepada pesakit, pelawat dan kakitangan

Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)

  • Syarikat swasta memerlukan pekerja sementara untuk membersihkan premis
  • Di bangunan dan kawasan Pejabat Kerajaan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Cara Permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan cara

  • Layari pautan https://ipr.epu.gov.my/sign_up
  • Daftar akaun dengan mengisi butiran nama, penuh, email dan kata laluan
  • Klik hantar
  • Seterusnya isi butiran dan maklumat seperti yang terdapat dalam borang

Semakan Status

Semakan status permohonan akan di maklumkan kemudian. Anda juga akan dimaklumkan menerusi email yang telah anda daftarkan bagi yang berjaya.

Komuniti IPR (Off-Takers)

Bagi syarikat-syarikat kecil dalam industri pertanian, makanan pemilik perniagaan kecil yang

  • mencari pekebun kecil untuk memasarkan tanaman
  • membantu menjual makanan peniaga kecil secara mudah dan murah pada kualiti yang berpatutan
  • mencari pekerja sambilan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan

Anda dijemput utuk menyertai komuniti IPR dan anda akan dipadankan atau dihubungkan dengan mereka yang memohon di IPR.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://ipr.epu.gov.my/about

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Insiatif pendapatan tunai (IPR) ini juga anda boleh layari website Kementerian Ekonomi https://www.epu.gov.my

Soalan Lazim F.A.Q

Apakah syarat kelayakan untuk permohonon IPR ?

i.Warganegara Malaysia
ii.Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Apakah kategori yang terdapat dalam inisiatif pendapatan rakyat?

i.Usahawan Tani
ii.Usahawan Makanan
iii.Operator Perkhidmatan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!