e-Tunai Belia Rahmah: Bantuan Kredit e-Tunai RM 200 Untuk Belia

e-Tunai Belia Rahmah (Belanjawan 2023)

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani hari ini, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM 200.

e-Tunai Belia Rahmah merupakan salah satu bentuk bantuan yang diumumkan oleh kerajaan khusus untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Bantuan ini menyasarkan kepada 2 juta belia berusia 18 hingga 20 tahun dengan peruntukan sebanyak RM 400 juta.

Inisiatif ini adalah bantuan daripada kerajaan sebagai usaha bagi menggalakkan pembayaran menggunakan e-wallet serta merancakkan lagi kegiatan ekonomi digital di kalangan masyarakat Malaysia.

Kerajaan Malaysia juga dikatakan akan bekerjasama dengan syarikat yang membangunkan aplikasi e-dompet bagi mewujudkan inisiatif ini.

e-Tunai Belia Rahmah

Bantuan yang dikenali sebagai e-Tunai Rahmah ini dikatakan sebagai pengganti kepada inisiatif ePemula yang disalurkan oleh kerajaan sebelum ini.

Pada bulan Oktober 2022 lalu, Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan dua skop penerima bantuan e-wallet bagi belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.

Apakah pembaharuan yang bakal diperkenalkan bagi bantuan e-tunai kali ini? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah

Kadar bantuan khas untuk belia ini dinaikkan daripada RM 150 kepada RM 200.

e-Tunai Belia Rahmah

Baca Juga :  Semakan STR 2023 Kemaskini Bantuan Tunai Rahmah

Syarat Kelayakan e-Tunai Belia Rahmah

Penerimaan bagi bantuan ini hanya layak bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Tergolong dalam kumpulan belia berumur 18-20 tahun.
  • Masih menuntut di Institut Pengajian Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA).

Maklumat lanjut seperti cara permohonan, tarikh serta kaedah penyaluran akan dikongsikan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!