Penambahbaikan BKM Untuk Usahawan PKS Yang Terjejas Banjir

Penambahbaikan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) Untuk Usahawan PKS Yang Terjejas Banjir ~ Sukacita dimaklumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia ditambahbaik untuk membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir.

Pada bulan Disember 2021, kerajaan telah mengumumkan dana pinjaman RM 500 juta bagi Kemudahan Bantuan Bencana yang melibatkan pinjaman untuk PKS sehingga RM 700,000 pada kadar faedah sehingga 3.5% setahun dengan moratorium 6 bulan.

Selain itu, dana berjumlah RM 30 juta juga disediakan melalui TEKUN Nasional untuk pinjaman sehingga RM 10,000 kepada usahawan mikro dan informal.

Penambahbaikan BKM Untuk Usahawan PKS 2022

Berdasarkan kenyataan dari Facebook Rasmi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan akan tambahbaik bantuan kepada usahawan yang terjejas akibat banjir adalah seperti berikut :

  • Geran RM 3,000 TEKUN Nasional

Kerajaan akan memberi geran bernilai RM 3,000 melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan peruntukan sebanyak RM 50 juta.

Dianggarkan, tambahbaik ini akan memberikan manfaat kepada 15,000 perniagaan mikro dan informal.

penambahbaikan bkm untuk usahawan
  • Skim Pembiayaan Informal dan Mikro Sehingga RM 10,000

TEKUN Nasional juga akan sediakan dana tambahan sebanyak RM 50 juta melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) untuk perniagaan mikro dan informal yang terkesan akibat banjir dengan pinjaman mikro sehingga RM 10,000 tanpa faedah.

Tempoh bayaran balik adalah sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.

penambahbaikan bkm untuk usahawan
  • Pinjaman SME Emergency Fund (SMEEF) Sehingga RM 100,000

Program SME Emegency Fund (SMEEF) akan sediakan dana sebanyak RM 100 juta untuk PKS yang terjejas akibat banjir.

Pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM 100,000 tanpa faedah dengan tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun dengan moratorium 12 bulan.

penambahbaikan bkm untuk usahawan
  • Tabung Bencana Tanaman Padi

Pada bulan Disember 2021, kerugian yang ditanggung dalam sektor pertanian adalah sebanyak RM 91 juta. Jumlah bantuan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM 21 juta.

Kerajaan meluluskan bantuan tambahan kepada pengusaha Agromakanan yang terjejas banjir melalui suntikan dana sebanyak RM 20 juta untuk Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

penambahbaikan bkm untuk usahawan

Pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi akibat banjur bakal menerima bantuan tunai sehingga RM 1,800/hektar di bawah TBTP dengan had maksimum sehingga 3 hektar.

Bagi pengusaha pertanian lain, tambahan sebanyak RM 50 juta akan disediakan di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).

Petani, penternak dan peladang yang terkesan akibat banjir layak untuk memohon bantuan sehingga maksimum 50% daripada jumlah kerugian di bawah PPSPA.

Kadar dan had bantuan adalah mengikut Garis Panduan tabung tersebut dan diberi dalam bentuk barangan atau in-kind iaitu seperti input pertanian atau peralatan.

Kerajaan sentiasa komited dalam meringankan beban semua golongan yang terjejas akibat banjir seperti PMKS dan Pengusaha Agromakan dengan sentiasa bersedia untuk menyediakan bantuan yang sewajarnya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!