Diskaun PTPTN 2023 Sebanyak 20% Belanjawan 2023

Insentif diskaun PTPTN 2023 termasuk dalam belanjawan 2023 Malaysia Madani. Dalam memastikan semua aspek tidak ketinggalan termasuk dalam pendidikan, pembentangan Belanjawan 2023, menyentuh beberapa perkara berkaitan hal pendidikan turut dibentangkan bagi memastikan kualiti pendidikan di negara kita terus berkembang maju.

Tidak ketinggalan, isu bayaran balik PTPTN yang ditunggu oleh ramai pihak terutamanya para peminjam.

Melalui pembentangan tersebut dalam inisiatif kedua, fokus Pembangunan Malaysia Madani, YAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim, juga Menteri Kewangan mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut syarat yang ditetapkan.

Diskaun PTPTN 2023 Sehingga 20%

diskaun ptptn 2023

Pihak kerajaan telah sepakat untuk memberikan diskaun sehingga 20% * kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran bermula hari ini iaitu 1 Mac 2023.

Bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM 1,800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan. Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.

Baca juga : Bantuan e-Tunai Belia Rahmah

Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan yang akan memberi manfaat kepada peminjam.

Pembayaran boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi MyPTPTPN atau laman rasmi PTPTN. Atau, anda boleh pergi ke kaunter PTPTN berdekatan anda.

Pastikan anda menyemak semula baki pinjaman anda selepas membuat pembayaran untuk mengelakkan sekiranya berlaku kesilapan.

Perlaksanaan Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 meliputi empat (4) kategori seperti berikut:

  1. Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  2. Diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang;
  3. Diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik; dan
  4. Diskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.

Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah layak menikmati insentif ini.

Peminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang perlu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN, portal rasmi PTPTN atau hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik.

Diskaun Khas Untuk Pembayaran Direct Debit dan Menerusi Aplikasi

Peminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) adalah layak mendapat diskaun 15 peratus secara automatik.

Manakala, peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) pula boleh membuat permohonan melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.

Selain itu, diskaun 5% juga diberikan bagi bayaran balik yang dibuat melalui aplikasi myPTPTN.

Peminjam boleh memuat turun aplikasi myPTPTN melalui “App Store” bagi pengguna iOS, “Play Store” bagi pengguna Android dan “Huawei AppGallery” bagi pengguna Huawei.

Tempoh Diskaun PTPTN

  • Pertama : Diskaun bayaran balik sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2023 selama 3 bulan
  • Kedua : Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1800 selama 6 bulan – Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.

Sekiranya anda belum pernah membuat apa-apa bayaran balik, jangan risau.

Anda boleh menyemak baki keseluruhan pinjaman anda anda serta kadar bayaran balik yang anda perlu bayar setiap bulan di laman web rasmi PTPTN.

Insentif Lain Universiti /Graduan Dalam Belanjawan 2023

Meningkatkan kesalinghubungan internet

Bagi menjamin keberkesanan pelajar IPTA dalam menuntut ilmu, sebanyak RM35 juta juga disediakan sebagai dana bagi meningkatkan kesalinghubungan internet di institusi pendidikan tinggi Malaysia di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN).

Biasiswa pelajar ke luar negara

Selain itu, bagi menggalakkan pelabur asing melakukan pelaburan dan beroperasi di Malaysia, kerajaan akan menyelaras kerjasama antarabangsa dengan syarikat multinasional asing untuk menyediakan peluang perantisan di negara pemegang biasiswa menuntut. Hal ini kerana, kita kekurangan bakat tempatan yang mampu menjadi tarikan pelabur asing. 

Oleh itu, kerajaan akan meneruskan inisiatif pemberian biasiswa kepada lebih seribu pelajar setiap tahun untuk bidang kejuruteraan di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar-pelajar ini juga dibenarkan untuk menyempurnakan bon perkhidmatan mereka dengan syarikat tersebut

Selain daripada potongan diskaun ptptn, ada banyak lagi insentif dan bantuan yang telah di umumkan oleh YAB Perdana Menteri. Anda boleh menyemak ringkasan bajet melalui Intipati Belanjawan 2023 Malaysia Madani

Disamping itu, kerajaan juga dalam Belanjawan 2023 memberikan peruntukan untuk ;

  • Sektor Pendidikan – Peruntukan Kementerian Pendidikan (2023: RM55.2 b;2022: RM52.6 b)
  • Sektor Pendidikan Tinggi – Peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi (2023:RM15.3 b; 2022: RM14.5 b)
  • Kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera (RM6.6 b)
    • Melalui Majlis Amanah Rakyat, Yayasan Peneraju dan UniversitiTeknologi MARA
    • Akses kepada pinjaman pendidikan dan peluang mengikuti bidang profesional

Semoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang ini untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan masing-masing.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun ptptn 2023 sebanyak 20% (Belanjawan 2023),anda boleh layari: https://www.ptptn.gov.my/

Peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

Soalan Lazim F.A.Q

Sampai bilakah tawaran diskaun PTPTN Belanjawan 2023 ini?

Diskaun bayaran balik sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2023 selama 3 bulan

Apakah insentif kepada peminjam PTPTN dalam belanjawan 2023?

Pertama : Diskaun bayaran balik sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2023 selama 3 bulan
Kedua : Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1800 selama 6 bulan – Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023

Adakah peminjam yang telah tamat pengajian Diploma dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah layak mendapatkan insentif ini?

Tidak layak. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman peringkat Ijazah yang masih aktif ditamatkan. Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan.

Siapakah yang layak mendapat diskaun 20% ini?

Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 layak mendapat insentif ini.

Bagaimanakah cara untuk peminjam mendapatkan baki keseluruhan hutang pinjaman?

Pengesahan baki pinjaman boleh diperolehi melalui Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama), myPTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/).

Anda boleh rujuk penuh senarai Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut : https://www.ptptn.gov.my/soalan-lazim

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!