Cara Mohon Pahang Pride Student 2023 & Kad Diskaun Pelajar
Insiatif Pahang Pride Student 2023 dan Kad Diskaun Pelajar anak Pahang di teruskan lagi.
Dalam belanjawan pahang 2023, kerajaan negeri menerusi insiaitf kelima program kebangsaan pahang (pahang pride) dalam usaha kerajaan membina generasi masa depan yang gemilang.
Kerajaan memperuntukan RM7.6 juta dalam bentuk set bantuan awal persekolahan yang bernilai RM120 setiap satu yang akan memberi manfaat kepada 63,376 pelajar kategori miskin dan tegar
Pemberian kad diskaun pahang pride student juga diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, pelajar intitusi pengajian tinggi anak Pahang & pelajar yang sedang belajar di Negeri Pahang.
Insiatif ini juga merupakan usaha kerajaan Negeri Pahang di bawah pentadbiran YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail untuk membantu rakyat Pahang khususnya golongan B40 & M40 dalam pembelajaran
Pahang Pride Student 2023 & Kad Diskaun Pelajar
Pahang Pride Student merupakan salah satu insaitif bantuan Kerajaan Negeri Pahang khas bagi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan daripada sekolah rendah yang ditambah baik dengan diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, pelajar intitusi pengajian tinggi anak Pahang & pelajar yang sedang belajar di Negeri Pahang.
Baca juga : Bantuan Pendidikan BAKTIDESA
Terdapat 2 kategori bantuan yang akan diterima iaitu:
- Set bantuan persekolahan bernilai RM120 setiap satu kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar
- Pemberian kad diskaun untuk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan termasuk juga pelajar tingkatan 6, pelajar intitusi pengajian tinggi anak Pahang & pelajar yang sedang belajar di Negeri Pahang untuk membeli barangan kelengkapan belajar
Cara Mohon Pahang Pride Student 2023 & Kad Diskaun Pelajar
Ibu Bapa /penjaga tidak perlu membuat permohonan. Bantuan akan disalurkan melalui pihak sekolah.
Data-data maklumat adalah seperti yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga kepada pihak sekolah.
Syarat Kelayakan Kad Diskaun Pelajar
Kad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah
Kad diskaun ini boleh digunakan untuk pembelian peralatan sekolah di kedai buku yang terpilih
Senarai Lokasi Kedai Buku MBS Books & Stationery Pahang
- MBSWorld
- MBSECM
- MBSTemerloh
- MBSBera
- MBSMaran
- MBSJengka
- MBSMentakab
- MBSLimbong
- MBSPekan
- MBSJerantut
- MBSChukai
- MBSMuadzam
- MBSRaub
- MBSLipis
- MBS Art Store
- MBS Air Putih
- MBS Balok
- MBS Taman Tas
- MBS Indera Mahkota
- MBS Bentong
- MBS Rompin (opening soon)
Bagi tahun 2023, maklumat lokasi kedai buku yang terpilih untuk menggunakan kad diskaun pelajar akan di maklumkan kemudian.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insiatif Pahang Pride Student 2023 ini anda layari ;
- Laman web rasmi Kerajaan Pahang : https://www.pahang.gov.my/
- Telefon : 09-512 6600
- Facebook: Kerajaan Negeri Pahang
Soalan Lazim
Pahang Pride Student merupakan salah satu insaitif bantuan Kerajaan Negeri Pahang khas bagi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan daripada sekolah rendah yang ditambah baik dengan diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, pelajar intitusi pengajian tinggi anak Pahang & pelajar yang sedang belajar di Negeri Pahang.
Pelajar dari kategori miskin tegar dan rakyat negeri pahang.
Kad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah
Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa kelak bila agihan akan dibuat