Ujian Memandu Percuma 2023 – Belanjawan 2023

Ujian memandu percuma 2023 bagi lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing akan di tanggung kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke butiran terperinci akan diumumkan dalam satu sidang media khas di mana beliau sendiri memgakui turut terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 hari ini

YAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing

Selain bakal memanfaatkan golongan belia, beliau berkata pihaknya juga akan membincangkan dengan lebih lanjut kemungkinan untuk meluaskan inisiatif itu kepada golongan sasar yang lain.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengumumkan untuk meneruskan inisiatif pas bulanan My50.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, inisiatif itu bakal memanfaatkan 180,000 pengguna di Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan rel merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Bas (BRT), Monorel dan RapidKL

Ujian Memandu Percuma 2023

ujian memandu percuma 2023

Ujian memandu percuma merupakan inisiaitif kerajaan yang terdapat dalam Belanjawan 2023 Malaysia Madani. Dengan kerajaan memberikan peruntukan untuk tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing, diharap akan dapat meringkan beban ini dan membantu golongan belia agar mereka boleh memulakan pekerjaan dalam (bidang) ekonomi gig

Jenis lesen memandu yang akan ditanggung kerajaan ;

  • Lesen Motorsikal B2
  • Lesen teksi
  • Bas
  • e-hailing

Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Butiran lanjut mengenai mekanisma cara permohonan dan syarat kelayakan bagi permohonan ujian lesen memandu ini akan diumumkan dalam oleh Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat

Maklumat Lanjut

Di atas dasar keprihatinan kepada golongan B40 yang menceburi aktiviti ekonomi gig seperti e-hailing dan p-hailing, MOT menyambut baik inisiatif untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 dan Lesen Memandu Vokasional (PSV) untuk teksi, bas dan e-hailing

Maklumat lanjut mengenai ujian lesen memandu percuma 2023 ini juga boleh diikuti di Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia

Belanjawan 2023, kerajaan turut memberi pelbagai inisaitif dan bantuan selain bantuan ujian lesen memandu percuma 2023. Dengan tema Belanjawan 2023 Malaysia Madani, untuk melihat apakah inisiaitf dan bantuan-bantuan lain yang diberikan oleh kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim, anda juga boleh klik pada pautan Belanjawan 2023 atau Bajet 2023

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!