Permohonan Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022

Permohonan Skim Tingkat Ekonomi dan Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022 telah dibuka. Bantuan ini khusus bagi usahawan mikro Industri Asas Ternakan (IATn) Negeri Pahang.

Program STEPP adalah merupakan insentif berbentuk Geran Permadanan yang diberikan kepada usahawan di bawah industri Asas Ternakan (IATn).

Program ini dipertimbangkan kepada usahawan mikro IATn dalam kategori ;

 

  • Tahap 1 nilai jualan kasar tahunan kurang daripada RM50,000
  • Tahap 2 nilai jualan kasar lebih  RM50,000 sehingga RM100,000

Tarikh tutup bagi permohonan bantuan ini adalah pada 24 Jun 2022.

 

Syarat-Syarat Program Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang

stepp -skim tingkat ekonomi produktiviti pahang

Program ini dipertimbangkan kepada setiap usahawan berdasarkan syarat-syarat berikut ;

  • Warganegara malaysia yang bermastautin di negeri pahang yang berumur antara 18 hingga 60 tahun
  • Telah menjalankan projek lebih sekurang-kurangnya satu (1) tahun
  • Keutamaan akan diberikan kepada permohonan usahawan pada tahap 1 dan tahap 2
  • Mempunyai produk yang menggunakan produk hasilan ternakan
  • Mempunyai ruang kerja pengeluaran produk yang sesuai dan bersih
  • Tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam tempoh dua (2) tahun sebelum permohonan di buat. Kelonggaran syarat ini adalah atas pertimbangan pengarah perkhidmatan veterinar negeri pahang sekiranya projek yang dilaksanakan dirasakan memerlukan tambahan suntikan insentif untuk berkembang lebih baik dan kekal mampan
  • Tidak disenarai hitam oleh jabata
  • Membuat permohonan menggunakan borang permohonan program step (dsv/step-1) dan diisi dengan lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan jabatan
  • Permohonan yang berjaya di wajibkan menandatangani perjanjian program dan bersedia untuk dipantau dalam tempoh 2 tahun selepas menerima bantuan

Baca juga : Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022

Skop Insentif Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022

Pemohon boleh memilih salah satu insentif atau secara kombinasi atau semua sekali. Antara skop insentif program yang boleh dimohon adalah seperti ;

  • Kajian nutrisi dan jangka hayat produk
  • Reka bentuk pembukusan dan pelabelan
  • Peningkatan kapasiti pengeluaran
  • Penambahbaikan premis
  • Perolehan papan tanda perniagaan

Kadar dan Nilai Geran

Kadar geran adalah berbeza mengikut skop insentif yang di mohon. Bagi permohonan untuk skop insentif kajian nutrisi dan jangka hayat produk  usahawan akan menerima geran penuh 100% dengan nilai maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap permohonan yang dibuat.

 

Manakala bagi skop insentif yang lain, usahawan akan menerima geran pemadanan (geran 90%, usahawan 10%) dengan nilai maksimum tidak elbih daripada RM10,000 bagi setiap permohonan (termasuk kajian nutrisi dan jangka hayat produk jika dipohon secara kombinasi).

 

Cara Permohonan STEPP

  1. Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun melalui pautan https://drive.google.com/file/d/11eLunl4Har-_0C4Kn2OFgL3ymu7HJ0ty/view?fbclid=IwAR1gozG0JYFq-7SP9US9pgmbP65Cs_QaQaTX529z8o64Pev49sSdOi9mczk.
  2. Cetak borang permohonan ,isi borang permohonan dan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dibawah.
  4. Hantar dokumen-dokumen tersebut ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran.

 

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Memorandum and Articles of Association
  2. Penyata kewangan syarikat yang terkini (jika berkenaan)
  3. Lesen perniagaan
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM); atau
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkaitan)

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022, sila layari laman web https://dvs.pahang.gov.my/.

 

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!