i-Citra KWSP: Tarikh Permohonan & Pengeluaran Sehingga RM5,000

Dalam pembentangan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpeluang untuk mengeluarkan sehingga RM5,000 menerusi akaun 1 mereka menerusi kemudahan i-Citra.

Perdana Menteri juga memnaklumkan seramai 12.6 juta ahli KWSP di seluruh negara berpeluang mendapatkan kemudahan i-Citra dan jumlah pengeluaran tersebut tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Matlamat pengeluaran i-Citra diperkenalkan kepada adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli KWSP yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Implikasi kewangan bagi pelaksanaan i-Citra KWSP ini sebanyak RM30 bilion dan memanfaatkan seramai 12.6 juta ahli.

This image has an empty alt attribute; its file name is i-Citra-KWSP-1024x575.jpg

Tarikh Permohonan

Kemudahan i-Citra boleh dipohon mulai 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021.

Syarat Kelayakan

Bagi pencarum KWSP yang ingin memohon kemudahan i-Citra perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  2. Ahli mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Jumlah Layak Dikeluarkan

Jumlah amaun kelayakan pengeluaran bagi kemudakan i-Citra adalah sehingga  RM5,000 dan bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan.

Ini bermaksud, amaun maksimum pengeluaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 sebulan atau ini tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

Pengeluaran minimum pula adalah seabnyak RM50 dan ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Jumlah kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

Cara Memohon

Bagi pencarum yang berminat untuk memohon kemudahan i-Citra, permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

Namun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021.

Info mengenai langkah-langkah untuk memohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KWSP.

Proses Pembayaran

Proses pembayaran kemudakan i-Citra kepada pencarum yang layak akan dibuat bermula bulan Ogos 2021.

Soalan Lazim

Mengapakah Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan?

Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Namun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

Amaun atau jumlah maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya.

Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh tetapi tertakluk kepada syarat kelayakan.

Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

Tidak. Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai kemudahan i-Citra, sila hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau melayari laman web KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!