Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) 2022 Untuk Petani KEJORA

Tawaran Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) 2022 Untuk Petani KEJORA ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi  Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) 2022 kini dibuka.

Insentif ini disalurkan bagi memberikan bantuan alatan pertanian kepada pengusaha ladang anjura Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA.

Baca Juga : Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) 2022 untuk Petani

skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP)

Objektif Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP)

Objektif perlaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah seperti berikut :

i. Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.

ii. Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk maju.

iii. Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 MAC 2022 sebelum jam 5.00 petang.

Borang yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

Kategori Permohonan

Permohonan terbahagi kepada dua kategori seperti berikut :

  1. Kategori A : Individu / Persendirian
  2. Kategori B : Kelompok / Koperasi

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :

Syarat-Syarat Bagi Permohonan Kategori Individu

i. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang- kurangnya satu (1) tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan atau industri asas tani);

ii. Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas.

iii. Pemohon telah melaburkan modal sekurang-kurangnya RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.

iv. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;

v. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM20,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu Sahaja) tertakluk kepada kelulusan;

vi. Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan dan input pertanian mengikut keperluan sebenar projek;

vii. Syarat-syarat lain adalah :

a. Memiliki tapak projek;

b. Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA;

c. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek;

d. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian;

e. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan;

f. Penduduk wilayah KEJORA.

Syarat-Syarat Permohonan Kelompok / Koperasi

i. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan atau industri asas tani);

ii. Penubuhan koperasi mestilah berusia dua (2) tahun ke atas pada tahun permohonan;

viii. Pemohon telah melabur modal sekurang-kurangnya RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja) dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.

iii. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;

iv. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu Sahaja) tertakluk kepada kelulusan;

v. Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan dan input pertanian mengikut keperluan sebenar projek;

vi. Syarat-syarat lain adalah :

a. Memiliki tapak projek

b. Lokasi projek didalam wilayah KEJORA

c. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek

d. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian

e. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan

f. Koperasi wilayah KEJORA

Dokumen Yang Diperlukan

Semua permohonan perlulah kemukakan dokumen seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan pendaftaran perniagaan
  • Salinan penyata bank

Semua dokumen perlu dapatkan pengesahan daripada majikan/ penghulu/ Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan & Profesional Kerajaan.

Syarat-Syarat Bagi Pemohon Yang Berjaya

Pemohon-pemohon yang berjaya dan terpilih untuk menyertai program ini akan dikenakan syarat-syarat sebagaimana berikut:

i. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk menandatangani surat Aku Janji KEJORA

ii. Peserta yang berjaya hendaklah memastikan peralatan dan input-input pertanian yang dibekalkan digunakan dan dijaga dengan baik.

iii. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk mengemukakan laporan prestasi secara berkala pada setiap dua (2) bulan sekali.

iv. Peserta yang tidak melaksanakan projek selama tiga (3) bulan berturut-turut boleh dibatalkan daripada program ini.

Pihak KEJORA juga berhak untuk mengambil semula bekalan peralatan yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk diberikan kepada peserta lain yang layak.

v. Peserta hendaklah membenarkan pegawai atau anggota-anggota KEJORA pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan melawat kawasan projek.

vi. Peserta hendaklah bersedia memberikan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh pihak KEJORA pada bila-bila masa yang diperlukan.

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP)

Pemohon boleh kemukakan permohonan dengan memuat turun borang di pautan berikut :

BORANG PERMOHONAN KATEGORI A (INDIVIDU)

BORANG PERMOHONAN KATEGORI B (KELOMPOK)

ATAU

Isikan borang secara atas talian melalui google form seperti berikut :

PERMOHONAN INDIVIDU  

PERMOHONAN KELOMPOK

ATAU

Dapatkan borang di ibu pejabat KEJORA di alamat berikut :

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat di atas atau emelkan ke [email protected].

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-884 3000 atau 07-884 3156.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!