Pengecualian Fi LKM Kenderaan Elektrik & Kenderaan OKU Bajet 2022

Insentif Pengecualian bayaran fi LKM Kenderaan Elektrik & Kenderaan OKU bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2025. Insentif ini antara belanjawan yang terkandung dalam Bajet 2022. Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) sepenuhnya untuk kenderaan motor elektrik (EV) dan kenderaan motor untuk orang kurang upaya (OKU).

Apa Itu Insentif Pengecualian LKM Kenderaan Elektrik & OKU?

Selaras dengan pengumuman Kerajaan melalui Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan pemberian Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM ke atas Kenderaan Elektrik & Kenderaan milik Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pengecualian fi LKM Kenderaan Elektrik hanya diberikan kepada kenderaan EV sama ada dikuasakan oleh bateri atau ‘fuel cell’ (sel bahan api). Permohonan untuk pengecualian itu akan bermula 15 Februari 2022.

Pengecualian itu tidak terpakai untuk kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman sama ada dengan sumber petrol atau diesel.

Manakala Insentif Pengecualian fi LKM Kenderaan OKU pula, membolehkan kenderaan khas yang di ubahsuai untuk kegunaan OKU untuk tidak dikenakan bayaran fi LKM.

Mengenai kenderaan motor milik OKU, pengecualian fi LKM sepenuhnya hanya terpakai kepada kenderaan motor yang telah diubah suai khas untuk kegunaan OKU.

Bagi kenderaan motor yang tidak diubah suai, pengecualian hanya diberikan kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan kereta nasional.

Kenderaan motor terbabit yang layak hendaklah didaftarkan dan dilesenkan atas nama individu OKU berkaitan dan OKU hendaklah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan dan dimiliki oleh ibu bapa atau penjaga berdaftar dan mempunyai anak OKU serta suami atau isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.

Syarat Pengecualian Fi LKM Kenderaan Elektrik (EV)

pengecualian lkm kenderaan elektrik
  1. Melibatkan motokar dipacu oleh sumber elktrik atau electric vehicle (EV)
  2. Tempoh pengecualian dari 1 januari 2022 sehingga 31 disember 2025
  3. Pengecualian fi lkm bagi ev hanyalah melibatkan kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik sepenuhnya sama ada yang dikuasakan dengan bateri atau fuel cell sahaja

Pengecualian ini tidak terpakai kepada mana-mana kenderaan motor jenis hybrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman sama ada dengan sumber pertol mahupun disesel

Syarat Pengecualian Fi LKM OKU

pengecualian lkm kenderaan oku

Kenderaan Motor Orang Kurang Upaya (OKU)

  • Kenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahaja
  • Hendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut, dan individu OKU hendaklah telah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

*** Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan/dimiliki oleh ibu bapa/penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.

Cara Permohonan Pengecualian fi LKM Kenderaan Elektrik & Kenderaan OKU

Permohonan bagi mendapatkan pengecualian ini adalah mulai pada 15 Mac 2022

Mana-mana pemilik kenderaan yang terbabit yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022, pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk;

i. Menyerahkan semula LKM dan berhak dibayar rebet dengan apa-apa amaun ditetapkan;
ii. Memohon pengecualian fi LKM mengikut perincian di atas 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk di ajukan berkaitan Insentif Pengecualian Fi LKM Kederaan Elektrik dan Kenderaan OKU, anda boleh hubungi ;

Tel : 03-8000 8000

Email : [email protected]

Website : https://www.mot.gov.my/my

Facebook : https://www.facebook.com/motmalaysia


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!