Bantuan ANIS 2022 : Bantuan Anak Istimewa Selangor

Permohonan bantuan ANIS 2022 iaitu Bantuan Anak Istimewa Selangor dibuka mulai 17 Mei 2022. Permohonan ini terbuka kepada anak oku berumur 18 tahun ke bawah.

 

Ibu bapa atau penjaga kepada anak istimewa Selangor adalah dipelawa untuk memohon bantuan ini.Pemberian manfaat secara one-off dengan had maksima sehingga rm5000 bagi satu keluarga.

 

Apa Itu Bantuan Anak Isitmewa Selangor ANIS

bantuan anak istimewa selangor 2022

Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:

  1. Membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup diwaktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas / mesin bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.
  3. Penerima manfaat adalah ibu bapa/penjaga kepada OKU yang berdaftar dan mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat dan Kelayakan Bantuan ANIS

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor.
  3. Ibu / bapa/ penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 ke bawah; DAN
  4. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan);
  5. Anak (OKU) mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM; ATAU
  6. Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU);

*Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

 

Jenis Bantuan Yang Diberikan

  1. Makanan/keperluan tambahan*
  2. Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin*
  3. Ubat-ubatan*
  4. Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU)

* berdasarkan preskripsi doktor sahaja

 

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan.
  3. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU.
  4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  5. Salinan Kad Pengenalan Anak OKU.
  6. Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  7. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
  8. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  9. Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
  10. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

Cara Mohon Bantuan ANIS

  1. Permohonan boleh dibuat mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 Jam 4.00 petang
  2. Pemohon hendaklah memuatnaik borang permohonan diatas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis
  3. Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  4. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:Pejabat YAWAS
    Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
    40000 Shah Alam, Selangor.

Cara Pembayaran

  1. Jenis bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
    1. Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
    2. Barang akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan dan urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
    3. Pembayaran dan Penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.
  2. Jenis bantuan berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU
    1. Pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
    2. Proses pembayaran hanya akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
    3. Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan Jun.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Anak Istimewa Selangor ANIS, anda boleh hubungi talian 03-55453170 atau melalui email [email protected] atau anda juga boleh layari laman https://www.anisselangor.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!