BKC PEMULIH: Jumlah & Jadual Pembayaran Bantuan Khas COVID-19

Menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan telah mengumumkan bantuan terbaharu bagi golongan rakyat yang memerlukan iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Menerusi BKC PEMULIH, pemberian bantuan ini diwujudkan adalah untuk memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Bagi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion bagi melaksanakan bantuan ini.

Bantuan ini akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang yang layak.

Matlamat PEMULIH

Terdapat 3 matlamat utama pelaksanaan PEMULIH seperti yang diumumkan Perdana Menteri iaitu:

  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Perniagaan
  • Meningkatkan Vaksinasi

Oleh itu, pelaksanaan BKC adalah terkandung di bawah matlamat pertama PEMULIH iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.

Kategori Penerima BKC

Untuk makluman, terdapat 3 kategori penerima BKC PEMULIH yang akan menerima bantuan ini iaitu:

  • Miskin Tegar
  • B40
  • M40

Jumlah Bayaran

Untuk jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC PEMULIH, butiran jumlah pembayaran adalah seperti berikut:

Kategori PenerimaJumlah Bayaran Isi RumahJumlah Bayaran Bujang
Miskin TegarRM1,300RM500
B40RM800RM200
M40RM250RM100

Jadual Pembayaran

Penerima yang layak akan menerima bantuan BKC PEMULIH seperti dalam jadual berikut:

Kategori PenerimaBulan OgosBulan NovemberBulan Disember
Isi rumah Miskin TegarRM500RM500RM300
Bujang Miskin TegarRM200RM300
 Isi rumah B40RM500RM300
Bujang B40RM200
Isi rumah M40RM250
Bujang M40RM100

Cara Pemohonan

Untuk permohonan BKC PEMULIH, info mengenai cara-cara membuat permohonan akan diberitahu dari semasa ke semasa selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Soalan Lazim

Apakah matlamat utama pelaksanaan BKC?

Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021

Siapakah yang layak menerima bantuan BKC ini?

3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40.

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi penerima yang layak?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima.

Bilakah bayaran BKC akan dibuat?

Pembayaran BKC akan dibuat pada bulan Ogos, November, dan Disember mengikut kategori penerima.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!