Permohonan Bantuan Khairat Kematian RM1,000 COVID-19 Selangor
Penduduk di Negeri Selangor yang meninggal dunia akibat COVID-19, kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan Bantuan Khairat Kematian RM1,000 bagi kematian yang disebabkan COVID-19.
Bantuan Khairat Kematian RM1,000 ini telah diumumkan oleh oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di dalam pengumuman pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.
Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat daripada bantuan ini dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM 1.5 juta.
Permohonan bantuan ini telah dibuka mulai 12 Julai 2021 dan akan ditutup pada 12 Ogos 2021 secara atas talian.
Syarat Permohonan
Waris yang ingin membuat permohonan bagi bantuan ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Disahkan meninggal dunia berpunca daripada COVID-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian.
- Meninggal dunia di negeri Selangor.
- Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja.
- Terhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahaja.
Cara Memohon
Waris yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.selangorprihatin.com/.
- Klik bahagian ‘Jenis Bantuan.’
- Di bahagian ‘Sumbangan Khairat Kematian COVID-19 Selangor,’ klik butang ‘Mohon Sekarang.’
- Di bahagian ‘Bantuan Khas Khairat Kematian Pesakit COVID-19 One-Off,’ masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Seterusnya.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Seterusnya’ dan hantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Si mati yang telah disahkan.
- Penyata Bank Lengkap Waris terdekat yang telah disahkan.
- Dokumen pengesahan bermastautin di Selangor yang telah disahkan.
- Salinan pengesahan positif Covid-19 atau borang kemasukan wad dari hospital dan sijil kematian yang telah disahkan.
- Bukti dokumen pertalian waris terdekat dengan si mati (cth sijil nikah atau surat beranak) yang telah disahkan.
- Salinan kad pengenalan waris terdekat yang telah disahkan.
Soalan Lazim
Layak. Si mati telah bermastautin melebihi 10 tahun di Selangor.
Tidak layak. Si mati hendaklah menetap di Selangor sahaja.
Tidak layak. Hanya yang meninggal dunia bermula pada tahun 2021 sahaja yang layak untuk memohon bantuan khairat kematian ini.
Penerima bantuan Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) tidak layak memohon bantuan ini. Penerima bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) layak memohon bagi bantuan ini.
Tidak layak. Penerima manfaat PSPA tidak layak memohon bagi bantuan ini.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Khairat Kematian RM1,000, sila hubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam).