Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)
Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, anda boleh membuat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN selama 3 bulan.
Untuk makluman, pihak PTPTN memaklumkan inisiatif yang disediakan kepada peminjam ini adalah untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh PKP 3.0.
Penangguhan ini tidak bersifat automatik dan peminjam yang memerlukan penangguhan perlu membuat permohonan kepada pihak PTPTN.
Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0) telah dibuka mulai 10 Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021 secara atas talian.
Syarat Permohonan
Pemohon yang memenuhi syarat permohonan berikut layak memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN iaitu:
- Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
- Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Tempoh Penangguhan
Tempoh penangguhan yang ditetapkan adalah selama 3 bulan iaitu iaitu bulan yang sama dengan bulan permohonan dibuat.
Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang terlibat dengan potongan gaji, bulan penangguhan akan bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan dikemukakan kerana arahan potongan gaji telah dihantar kepada majikan lebih awal.
Ringkasan penangguhan adalah seperti berikut:
Bulan Kelulusan | Tempoh kelulusan penangguhan bagi peminjam yang tidak terlibat potongan gaji | Tempoh kelulusan penangguhan bagi peminjam yang terlibat potongan gaji |
Jun | Jun hingga Ogos | Julai hingga September |
Julai | Julai hingga September | Ogos hingga Oktober |
Ogos | Ogos hingga Oktober | September hingga November |
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan penangguhan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/.
- Masukkan no kad pengenalan serta no pinjaman dan klik butang ‘Log Masuk.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan.
Makluman Kelulusan
PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui email yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.
Soalan Lazim
Tidak. Tiada sebarang dokumen diperlukan.
Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Namun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.
Boleh. Permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan
Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan.
balik?
Tidak layak. Penangguhan hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Untuk situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lajut, sila hubungi Pusat Panggilan (Careline) PTPTN di talian 03 2193 3000 atau Mengemukakan pertanyaan di pautan https://eaduan.ptptn.gov.my/.