Skim Perubatan MADANI : Perkhidmatan Kesihatan Percuma B40

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan kini menawarkan Skim Perubatan MADANI iaitu perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40.

Inisiatif yang dilancarkan pada 15 Jun 2023 ini merupakan inisiatif rintis oleh Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI.

Apa Itu Skim Perubatan MADANI?

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif kerajaan melalui KKM bagi menampung keperluan kesihatan masyarakat yang tergolongan dalam kategori B40 bagi mendapatkan Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Menerusi skim ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Di samping mengurangkan beban kos rawatan kesihatan, inisiatif ini juga dapat meningkatkan kesihatan serta kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Skim Perubatan MADANI

Untuk makluman fasa rintis akan dilaksanakan di beberapa daerah iaitu :

  • Johor Bahru (Johor)
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak (Selangor)
  • Kinta (Perak)
  • Timur Laut (Pulau Pinang)
  • Kucing (Sarawak)
  • Kota Kinabalu (Sabah)
Skim Perubatan MADANI

Jenis Rawatan Percuma

Rawatan percuma yang ditawarkan dalam skim ini adalah luar daripada kes-kes akut iaitu :

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk dalam skim perubatan ini adalah :

  • Imunisasi rutin
  • Saringan kesihatan
  • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  • Perancangan keluarga rutin
  • Perkhidmatan rehabilitasi
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan suplemen

Kategori & Jumlah Kos Rawatan

Berikut dikongsikan kategori serta jumlah kos rawatan yang ditanggung

Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM)
Isi Rumah BerkeluargaRM250
Warga Emas (tanpa pasangan)
– 60 tahun ke atas
RM125
Bujang
– 21-59 tahun
– 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)
RM75

Syarat Kelayakan

Kelayakan adalah automatik bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.

Mereka yang berkelayakan wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Semak Kelayakan

Semakan bagi kelayakan boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari pautan berikut :

https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

Anda boleh semak klinik yang terlibat dalam program ini menerusi pautan berikut :

https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics

Cara Dapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI

  •  Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
  • Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan.
  • Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
  • Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

Nota : Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.

Untuk makluman, tempoh sah laku inisiatif ini adalah daripada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Fasa 2 Skim Perubatan Madani

Menerusi Fasa 2 Skim Perubatan Madani, golongan B40 di Terengganu dan Kedah kini boleh mendapatkan rawatan di klinik swasta yang berdaftar.

Perlaksaan di dua negeri tersebut bermula pada minggu kedua Ogos 2023 membabitkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Terengganu serta Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah.

Bemula minggu keempat Ogos, inisiatif ini dijangka bakal dilaksanakan di tujuh daerah di enam negeri iaitu :

  • Perlis
  • Kota Bharu dan Pasir Mas (Kelantan)
  • Kuantan (Pahang)
  • Melaka Tengah (Melaka)
  • Seremban (Negeri Sembilan)
  • Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang)

Perlaksanaan bagi Fasa 3 pula dijangka akan bermula sekitar September 2023 sambil bertumpu kepada kawasan yang mengalami kesesakan di hospital awam.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila layari laman rasmi Skim Perubatan MADANI di pautan : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!