Bantuan Am Persekolahan Tahun 2022 Baitulmal MAIWP Bagi Pelajar Sekolah Luar Wilayah

Bantuan Am Persekolahan Tahun 2022 Baitulmal MAIWP Bagi Pelajar Sekolah Luar Wilayah ~ Sukacita dimaklumkan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Tahun 2022 kini dibuka bagi permohonan Sekolah Luar Wilayah

Baca Juga : Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School 2022 | Cara Tebus Guna Boost

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk  makluman tarikh tutup permohonan bagi bantuan ini adalah pada 29 April 2022.

Bantuan Am Persekolahan

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap kini.
  • Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama islam Negeri-Negeri
  • Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.

Cara Memohon Bantuan Am Persekolahan Tahun 2022 Baitulmal MAIWP

Borang permohonan boleh didapati di salah satu lokasi berikut :

  • Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)
  • Kaunter Aras 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur

Pemohon juga boleh muat turun borang di laman web MAIWP www.maiwp.gov.my atau di pautan bawah :

Borang Permohonan Bantuan Am Persekolahan

Borang yang lengkap diisi boleh dihantar di salah satu lokasi berikut :

  • Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)
  • Kaunter Aras 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti senarai berikut :

  1. Satu salinan kad pengenalan pelajar.
  2. Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa dan tanggungan / surat pengangkatan JPN akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
  3. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)
  4. Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
  5. Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
  6. Satu salinan sijil kematian ibu / bapa.*
  7. Satu salinan kad memeluk Islam.*
  8. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
  9. Satu salinan surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  10. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
  11. Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
  12. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajarsekolah menengah.

* jika berkenaan

Sila lampirkan borang senarai semak di hadapan borang permohonan. Sila muat turun Borang Senarai Semak Dokumen Sokongan seperti di bawah :

Senarai Semak Dokumen Sokongan Skim Bantuan Am Persekolahan

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :

Kuala Lumpur : 019 – 200 8458

Putrajaya : 011 – 5949 6216

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!