Dana BRF : Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan Bantuan PKS
Berita baik. Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan BRF untuk bantuan PKS untuk pulih dan mengembangkan perniagaan. Permohonan bermula 3 Februari 2022 sehingga dana berjumlah RM 1 Billion habis digunakan.
BANK Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) dan Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) di bawah dana BNM masing-masing berjumlah RM1 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, kemudahan tersebut bertujuan menyokong PKS untuk pulih dan berkembang di samping menguruskan tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang inovatif.
Baca juga : Bantuan PKS Wanita MySME Lady
Apa itu Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF)
BRF merupakan kemudahan pembiayaan yang ditubuhkan oleh BNM yang bertujuan menyokong pertumbuhan PKS untuk pulih dan mengembangkan perniagaan serta mengawal tahap keberhutangan1 mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang lebih inovatif. Di bawah dana ini, PKS boleh mendapatkan:
• Pembiayaan ekuiti melalui terbitan saham keutamaan, saham biasa, atau sebarang instrumen mirip ekuiti yang sesuai; atau
• Gabungan antara pembiayaan hutang daripada institusi kewangan peserta (IKP) dan pembiayaan ekuiti melalui pembiaya ekuiti pihak ketiga (kewangan campuran). Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada
Kelayakan
PKS Malaysia termasuk perusahaan mikro yang berdaya maju daripada semua sektor ekonomi termasuk penerima dana BNM sedia ada.
Projek/aktiviti yang layak
Tujuan pembiayaan ini adalah untuk:
• Modal kerja; dan/atau
• Modal perbelanjaan.
Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada
Jumlaah pembiayaan
• Setiap PKS yang layak akan mendapat pembiayaan hingga RM5 juta bagi setiap PKS3.
• Tempoh pembiayaan hingga 10 tahun.
Syarat dan kadar pembiayaan
• Pembiayaan hutang: Kadar efektif maksimum ialah 5.0% setahun, termasuk fi jaminan atau 3.5% setahun bagi pembiayaan tanpa jaminan.
• Pembiayaan ekuiti: Tiada had kadar keuntungan untuk pelaburan ekuiti.
Cara semak kelayakan
- PKS yang layak dinasihati supaya menghubungi institusi kewangan peserta untuk memastikan kelayakan mereka di bawah kemudahan tersebut.
- Semua permohonan untuk pembiayaan akan tertakluk pada penilaian oleh institusi kewangan peserta dan pembiaya ekuiti pihak ketiga yang berkaitan
- Terbuka kepada pelanggan institusi kewangan peserta baharu dan sedia ada selagi pelanggan tersebut merupakan PKS Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh BNM serta memenuhi penilaian kredit oleh institusi kewangan peserta dan pembiaya ekuiti pihak ketiga yang berkaitan.
Cagaran
Tiada cagaran di perlukan untuk memohon kemudahan ini
Permohonan yang tidak layak
• PKS yang menghadapi kesukaran bayaran balik pinjaman/pembiayaan dinasihati supaya menghubungi institusi kewangan masing-masing untuk penjadualan semula dan penstrukturan semula (R&R) kemudahan sedia ada bagi membantu mengurangkan masalah aliran tunai perniagaan masing-masing.
• PKS yang tidak layak untuk kemudahan dari dana ini,boleh memohon pembiayaan daripada kemudahan lain di bawah Dana BNM untuk PKS (cth, Kemudahan Semua Sektor Ekonomi, Kemudahan Agromakanan, Kemudahan Perusahaan Mikro, Pembiayaan Pelancongan PENJANA, Automasi PKS dan Kemudahan Pendigitalan, Kemudahan Teknologi Tinggi – Aspirasi Pelaburan Nasional atau Kemudahan Peralihan Karbon Rendah), atau produk pembiayaan lain untuk PKS yang ditawarkan oleh institusi kewangan. PKS juga boleh memohon melalui platform imSME (imsme.com.my). Kelulusan untuk pembiayaan di bawah kemudahan yang tersenarai di atas adalah tertakluk pada kriteria kelayakan dan penilaian khusus oleh institusi kewangan peserta.
• Selain itu, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat pembiayaan melalui MyKNP (Khidmat Nasihat Pembiayaan) yang menyediakan bantuan khidmat nasihat dan panduan untuk meningkatkan kelayakan untuk pembiayaan masa hadapan dan sumber kewangan alternatif melalui myknp.com.my.
Sekiranya bank menolak permohonan PKS
Jika permohonan ditolak, PKS dinasihati supaya:
a) Mendapatkan penjelasan daripada institusi kewangan peserta berkenaan sebab-sebab permohonan mereka ditolak;
b) Mempertimbangkan untuk membuat permohonan semula melalui platform imSME (imsme.com.my) jika PKS belum lagi berbuat demikian;
c) Mendapatkan khidmat nasihat pembiayaan melalui MyKNP yang menyediakan bantuan khidmat nasihat dan panduan untuk meningkatkan kelayakan pembiayaan masa hadapan dan sumber pembiayaan alternatif melalui myknp.com.my; atau
d) Mengemukakan pertanyaan atau aduan kepada BNM melalui eLINK.
Tarikh permohonan
Kemudahan ini akan disediakan mulai 3 Februari 2022 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya.
Cara memohon
PKS yang berminat boleh memohon Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan ini, boleh berbuat demikian. Dengan hadir dan berurusan daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan peserta yang dikawal selia oleh BNM
Senarai Institusi Kewangan Peserta
- Affin Bank Berhad / Affin Islamic Bank Berhad
- Alliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank Berhad
- Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
- AmBank (M) Berhad / AmBank Islamic Berhad
- Bangkok Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank of China (Malaysia) Berhad
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad
- Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad
- Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)
- HSBC Bank Malaysia Berhad / HSBC Amanah Malaysia Berhad
- Hong Leong Bank Berhad / Hong Leong Islamic Bank Berhad
- Malayan Banking Berhad / Maybank Islamic Berhad
- MBSB Bank Berhad
- OCBC Bank (Malaysia) Berhad / OCBC Al-Amin Bank Berhad
- Public Bank Berhad / Public Islamic Bank Berhad
- RHB Bank Berhad / RHB Islamic Bank Berhad
- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
- Standard Chartered Bank Malaysia Berhad / Standard Chartered Saadiq Berhad
- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd
Sumber : Bank Negara Malaysia