Permohonan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia
Berita baik permohonan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia 2022 dibuka untuk mereka yang dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
Residensi Wilayah Keluarga Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.
Apakah itu RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA?
Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.
Perumahan adalah merupakan elemen yang kritikal dan penting di dalam pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ia juga bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.
Pada masa kini, harga rumah yang tinggi menyebabkan warga kota terutama dari golongan berpendapatan sederhana sukar untuk membeli dan memiliki rumah sendiri. Maka program RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA diwujudkan untuk menyediakan rumah yang selesa lagi berkualiti serta mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.
Residensi Wilayah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit dengan tagline “Residensi Wilayah Residensiku”. Penetapan sasaran baru Residensi Wilayah bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 – 2028 adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.
Baca juga : Permohonan Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Bulanan MAIWP
Ciri-Ciri Rumah Residensi Wilayah
Merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja
Menawarkan rumah yang mempunyai ;
- Tiga (3) bilik tidur,
- Dua (2) bilik air,
- Dapur,
- Ruang tamu,
- Ruang makan
- dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.
Syarat dan Kelayakan
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat;
- Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan;
- Pemohon mestilah dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Satu permohonan sahaja bagi setiap isi rumah.
- Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;
- Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://residensiwilayah.kwp.gov.my. Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel
Panduan Permohonan
- Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.
- Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin Keluarga Malaysia.
- Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
- Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal https://residensiwilayah.kwp.gov.my/login.
- Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.
Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku permohonan adalah 12 bulan dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik
Semakan Status Permohonan
Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui akaun pemohon di portal RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA. Keputusan permohonan juga akan di emel ke alamat emel pemohon bagi status Berjaya/Tidak Berjaya/Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia.
Soalan Lazim
Sekiranya anda mempunyai keraguan dan pertanyaan anda juga boleh semak soalan lazim
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau permasalah berkaitan, anda boleh hubungi melalaui ;
Urus Setia RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)
Urus Setia RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)
Faks: 03-8889 7640
Emel: [email protected]
Website : https://residensiwilayah.kwp.gov.my/