Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA

Bagi warganegara Malaysia yang terlibat dalam kematian akibat wabak COVID-19, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menawarkan bantuan khas iaitu Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA.

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA merupakan bantuan one-off yang diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).

Sejak Tabung COVID-19 dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga 21 Mei 2021 sahaja pihak NADMA telah menyalurkan bayaran Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kepada 407 orang waris.

Pemberian bantuan khas ini diharap mampu meringankan beban waris mangsa si mati akibat COVID-19 dalam menguruskan kematian mereka.

Jumlah Bantuan Khas

Jumlah bantuan khas yang akan diterima oleh waris si mati adalah maksima sebanyak RM5,000 secara one-off.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi waris yang ingin memohon bantuan khas ini adalah seperti berikut:

  1. Pengesahan kematian berkaitan COVID-19 hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  2. Kematian berkaitan COVID-19 hanya melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
  3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan (Lampiran A) seperti gambar di bawah melalui pautan http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuan-khas-covid-19.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan dapatkan pengesahan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri, Aras 7,
Blok D5, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kematian
  2. Salinan Kad Pengenalan waris si mati (pemohon)
  3. Salinan Penyata Bank waris si mati yang masih aktif (pemohon)

Proses Pembayaran

Proses pembayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hantar whatsapp ke 011-1321 8056 atau melalui email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!