Cara Permohonan i-Suri KWSP RM480 & Semakan Online

Untuk langkah cara daftar permohonan i-Suri KWSP (*RM480 sumbangan kerajaan) & semakan online rujuk langkah-langkah yang ditunjukan seperti di bawah. Bagi suri rumah yang belum mengetahui mengenai insentif khas i-Suri, ianya merupakan satu Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 2022.

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan

Skim ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

Baca juga : i-Lindung KWSP

Apa Itu i-Suri KWSP

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP (i-Suri) merupakan satu bentuk perlindungan kewangan untuk suri rumah.

Iannya bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Insentif i-Suri ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP. Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif Program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang diteruskan lagi bagi tahun 2022 dan patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia

Insentif i-Suri

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

permohonan i-suri kwsp

Kelebihan /Faedah i-Suri KWSP

Bagi suri rumah yang layak mendaftar dan membuat caruman i-suri, anda layak untuk menerima manfaat seperti berikut ;

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

Cara Permohonan i-Suri

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan i-suri baru.

Cara Daftar i-Suri

Cara Daftar i-Suri Online

Buat masa ini pendaftaran hanya boleh di buat melalui kaunter kwsp sahaja.

Cara Daftar i-Suri Melalui Kaunter KWSP

Kunjungi mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara. dan bawa dokumen berikut untuk tujuan proses pendaftaran

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Cara Pembayaran Caruman i-Suri

Bagi melayakkan suri rumah mendapat sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  3. pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank (rujuk jadual di bawah)

*Nota: Buat masa ini, hanya pembayaran di kaunter peresitan KWSP dan Bank Simpanan Nasional sahaja tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan

Perbankan Internet
 
Kaunter Ejen Bank
 
Ejen Bank BerdaftarKaunter KWSP 
 
Pemindahan wang secara elektronik

– MBSB Bank

– MAYBANK (M2u)

– RHB Bank

– Public Bank

– Bank Muamalat

– Alliance Bank

– Hong Leong Bank

– Bank Islam

– Cimb Bank
Tunai/cek

– BSN 

– Maybank

– Public Bank

– RHB Bank

*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.
Ejen Bank (EB) BSNTunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Cara Pembayaran Caruman i-Suri KWSP

Had Bayaran

  • Minimum – Tiada had
  • Maksimum – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Soalan Lazim F.A.Q

Kenapakah terdapat Insentif Suri (i-Suri)?

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Dikreditkan Ke Dalam Akaun KWSP?

Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP peserta sebanyak dua (2) kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:

  1. Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
  2. Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan mengenai permohonan i-Suri, anda juga boleh layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000 atau anda boleh terus ke cawangan KWSP berhampiran anda.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!