Tawaran Rumah Residensi Wilayah 2022 ( RUMAWIP )

Tawaran Rumah Residensi Wilayah 2022 ( RUMAWIP ) ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi rumah mampu milik melalui program Rumah Residensi Wilayah 2022 (RUMAWIP) kini dibuka.

Program ini disasarkan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan bagi membeli dan memiliki rumah.

Program ini juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik pada pembeli rumah pertama.

Untuk pengetahuan anda Residensi Wilayah juga merujuk kepada rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM 300,000 seunit.

Baca Juga : Tawaran Rumah IKRAM Untuk Golongan B40 (Rumah Sewa PPR Serendah RM 124)

Syarat Kelayakan Permohonan RUMAWIP 2022

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Dilahirkan atau menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Berpendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin).
rumawip

Cara Memohon Permohonan Rumah Residensi Wilayah (RUMAWIP) 2022

Berikut adalah cara-cara untuk memohon Permohonan Rumah Residensi Wilayah , sila ikuti langkah-langkah tersebut :

  • Layari laman web rasmi Residensi Wilayah
  • Daftar permohonan
  • Lengkapkan profil peribadi
  • Pilih projek yang diminati
  • Muat turun surat akuan sumpah
  • Tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah
  • Muat naik dokumen yang diperlukan
  • Sahkan profil dan dokumen sokongan

Pemohon juga boleh rujuk Manual Pengguna di pautan berikut untuk keterangan lanjut :

Manual Pengguna Residensi Wilayah

Dokumen Sokongan

Berikut adalah senarai dokumen untuk sokongan yang diperlukan :

rumawip

Cara Semakan Status Permohonan

Pemohon boleh log masuk ke Laman Rasmi Residensi Wilayah untuk menyemak status permohonan semasa.

*Nota – Tempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap yang telah dimuat naik dan status boleh disemak melalui akaun pemohon.

Senarai Projek Residensi Wilayah

Antara senarai Projek Residensi Wilayah ialah :

  • Rumawip Setapak J
  • Rumawip Bukit Jalil
  • Rumawip Taman Miharja
  • Residensi Max
  • Residensi Laman Segar Hijau
  • Residensi Alamanda
  • Residensi MH Platinum 2 / Merdu

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Residensi Wilayah atau hubungi talian 03-26179154 bagi sebarang pertanyaan.

Pemohon juga boleh hantarkan emel ke alamat [email protected] untuk dapatkan maklumat mengenai Rumah Residensi Wilayah.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!