Contoh Karangan Bahasa Melayu Mengenai COVID-19

Dalam peperiksaan di peringkat sekolah mahupun Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) Bahagian C, murid akan diminta menulis karangan menerusi tajuk-tajuk yang akan diberikan.

Antara tajuk karangan yang dijangka akan ditanya dalam mana-mana peperiksaan Bahasa Melayu ialah mengenai wabak COVID-19 yang telah melanda dunia termasuk di Malaysia.

Oleh itu, adalah penting bagi murid-murid mempunyai sedikit sebanyak kefahaman mengenai wabak COVID-19 ini bagi memastikan mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dan betul.

Maklumat mengenai COVID-19 boleh dirujuk melalui pautan http://covid-19.moh.gov.my/

Tips Penulisan Karangan Yang Baik

Karangan yang ditulis juga perlulah mempunyai fakta dan juga maklumat yang betul dan dapat memuaskan hati pemeriksa.

Terdapat beberapa tips penulisan karangan yang baik yang boleh diamalkan oleh murid-murid iaitu:

  1. Baca dan fahami soalan beserta tajuk yang diberikan terlebih dahulu.
  2. Tulis atau brainstorming idea-idea yang terlintas mengenai soalan dan tajuk yang dipilih.
  3. Susun rangka karangan sebelum menulis.
  4. Rancang masa untuk menulis dengan baik.
  5. Tulis karangan mengikut format yang betul.
  6. Semak karangan sebelum membuat keputusan untuk menghantar.

Format Karangan

Karangan mempunyai 3 struktur yang utama iaitu pendahuluan, isi kandungan, dan penutup.

Jumlah perenggan bagi sesebuah karangan yang baik pula adalah sebanyak 6 perenggan merangkumi 1 perenggan pendahuluan, 4 perenggan isi, dan 1 perenggan penutup.

i) Pendahuluan

Pendahulan di dalam karangan perlu menjurus kepada memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang diberikan.

Pendahuluan perlu dibuat secara ringkas dan umum sahaja melibatkan 3 atau 4 ayat.

Pendahuluan karangan yang baik adalah penting bagi menarik minat pembaca terutamanya kepada pemeriksa.

ii) Isi

Isi yang ditulis perlulah bersesuaian mengikut kehendak tajuk karangan yang diberikan.

Karangan yang baik perlu mempunyai 4 isi dan disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

Isi yang utama diletakkan pada perenggan pertama dan isi seterusnya diletakkan pada perenggan seterusnya.

Murid perlu memastikan bahawa setiap perenggan tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang.

Lazimnya, jumlah perkataan bagi setiap perenggan isi adalah 4 hingga 5 ayat.

iii) Penutup

Penutup ialah kesimpulan atau rumusan secara keseluruhan mengenai karangan yang telah ditulis.

Murid-murid juga dibernarkan untuk memberi pendapat dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk karangan tersebut.

Selain itu, murid-murid perlu mengelakkan untuk menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung.

Contoh Karangan Mengenai COVID-19

Berikut adalah salah satu contoh karangan yang boleh dijadikan panduan mengenai COVID-19

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!