Bantuan One –Off RM500 Imam, Bilal,Siak Dan Guru Takmir Di Sabah 2022

Bayaran One –Off RM500 Bantuan Imam, Bilal,Siak dan Guru Takmir Di Sabah.Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM58.5 juta kepada kerajaan negeri Sabah untuk membayar imbuhan imam, elaun guru KAFA dan takmir sepanjang tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, menerusi peruntukan terbabit, RM17.3 juta imbuhan diperuntukkan kepada 1,699 imam, RM34.2 juta elaun kepada 2,490 guru KAFA dan RM4.48 juta kepada 415 guru takmir.

Selain itu, Idris juga berkata, pihaknya turut memberi bayaran khas sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) kepada imam, bilal, siak dan guru takmir di Sabah tahun ini.

“Bayaran khas sebanyak RM500 diteruskan lagi pada tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir seramai 4,372 penerima yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,186,000.

“Ini bagi menghargai sumbangan mereka dalam pengimarahan masjid khususnya di Sabah. Bayaran khas ini akan disalurkan kepada penerima sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Caruman kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) PERKESO juga diteruskan lagi tahun ini kepada mereka membabitkan seramai 1,230 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM286,344 setahun,” katanya ketika Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar.

Idris berkata, pihaknya juga menyalurkan bantuan khas RM1,245,000 kepada 2,490 guru KAFA di negeri ini sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap mereka.

Bantuan Imam, Bilal,Siak Dan Guru Takmir Di Sabah 2022

Bayaran ini merupakan susulan bantuan pada tahun yang lalu yang terdapat dalam pembentangan bajet 2022. Ianya merupakan salah satu insentif daripada kerajaan persekutuan menerusi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad. Insentif ini adalah bagi menghargai sumbangan mereka dalam pengimarahan masjid khususnya di Sabah

Syarat kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Imam,Bilal,siak dan Guru takmir berdaftar dengan JHEINS sahaja

Jumlah bayaran

Bayaran sebanyak RM500 one off

Tarikh Bayaran

Bayaran akan di buat terus ke akaun bank masing-masing sebelum menjelang hari raya aidilfitri 2022

Cara Mohon

Untuk permohonan, sila rujuk kepada Pengerusi Masjid masing-masing atau terus melalui Pejabat JHEAINS daerah masing-masing tempat tinggal anda

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalah berkaitan Bantuan One –Off RM500 Bantuan Imam, Bilal,Siak Dan Guru Takmir Di Sabah 2022, anda boleh hubungi Pejabat JHEINS daaerah masing-masing semak di pautan ini

https://jheains.sabah.gov.my/index.php/hubungi-kami/pejabat-agama-daerah-jheains

atau menerusi

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

 088 – 522 222

 088 – 233 573 / 088 – 248 324

Email : [email protected]

Website : https://jheains.sabah.gov.my

Artikel berkaitan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!