MamaKerja : Tawaran Insentif RM 1000 Untuk Wanita Bekerja

Berita baik untuk para ibu yang bekerja di Selangor. Kerajaan negeri Selangor kini menawarkan insentif MamaKerja bagi meringankan beban para wanita bekerjaya dalam menampung kos penjagaan anak.

Perkara ini telah diumumkan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari. Beliau berkata, para ibu yang layak akan menerima insentif bernilai RM 1,000 secara one-off.

Insentif ini bertujuan untuk mengangkat martabat para wanita bekerja yang mempunyai anak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Pada masa yang sama, program yang menyasarkan pemberian bantuan kepada 5,000 para ibu bekerja ini juga merupakan strategi kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan penyertaan wanita Selangor dalam tenaga buruh dan sekaligus mengiktiraf peranan kaum hawa dalam kemajuan ekonomi negeri.

MamaKerja

Secara tidak langsung, bantuan ini juga bakal merangsang sektor penjagaan anak-anak seperti tadika, transit dan taska yang menjadi sistem sokongan utama buat golongan wanita bekerjaya.

Berikut dilampirkan kenyataan media dari kerajaan negeri Selangor .

MamaKerja

Kadar Bantuan MamaKerja

Pemohon yang memenuhi kriteria akan menerima insentif sebanyak RM 1,000 secara one-off.

Syarat Kelayakan/Kriteria

Para ibu perlulah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  1.  Wanita bekerja dan bermajikan.
  2. Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
  3. Mengundi di Selangor.
  4. Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  5. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  6. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.
  7. Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.
MamaKerja

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka bermula 1 November 2023 jam 10.00 pagi. Sila ambil maklum bahawa permohonan ini adalah terhad kepada 5,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Cara Mohon Insentif MamaKerja

Para ibu yang berkelayakan boleh membuat permohonan menerusi Aplikasi Selangkah atau melalui laman web rasmi MamaKerja (https://mamakerja.selangkah.my/ ).

Pemohon juga dikehendaki untuk memuatnaik dokumen yang disenaraikan berikut :

  1. Kad Pengenalan pemohon;
  2. Kad Pengenalan pasangan;
  3. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Pengangkatan;
  4. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
  5. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan
    sekiranya tiada slip gaji;
  6. Penyata KWSP pemohon terkini atau penyata EA;
  7. Salinan penyata bank;
  8. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.

Tarikh Semakan Bagi Penerimaan Bayaran

Untuk makluman, keputusan permohonan MamaKerja akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.

Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya.

Soalan Lazim

Berikut dikongsikan infografik soalan lazim berkaitan insentif ini.

MamaKerja
MamaKerja

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai insentif ini, anda boleh merujuk pada saluran berikut :

Baca Juga : Selangor Saring : Program Saringan Kesihatan Percuma Warga Selangor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!