Tawaran Terhad Program Lesen Memandu MAIPk Asnaf 2022

Terkini, bantuan Program Lesen Memandu MAIPk telah dibuka permohonan. Tawaran ini terbuka Bantuan LESEN daripada MAIPk khusus Untuk Meningkatkan Ekonomi Asnaf negeri Perak

Apa Itu Program Lesen Memandu MAIPk

program lesen memandu maipk 2022

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepada semua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga. Asnaf yang terpilih akan mengikuti program ini di salah satu daripada 3 institut memandu yang ditetapkan.

Syarat-Syarat Utama Permohonan

Untuk menyertai program bantuan lesen ini, peserta perlulah memenuhi syarat seperti berikut ;

  • i.    Beragama Islam
  • ii.   Bermastautin di negeri Perak
  • iii.  Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin)
  • iv.  Berumur 21 tahun keatas
  • v.   Memiliki lesen memandu Kelas D Penuh
  • vi.  Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja)
  • vii. Bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRM
  • viii.Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)

Institut Memandu

Untuk program ini, terdapat 3 insitut memandu yang terlibat iaitu ;

  • i.   Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd
  • ii.  Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhd
  • iii. Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.

Kumpulan Lesen yang Ditawarkan :

Berikut antara lesen yang ditawarkan dan boleh dimohon oleh peserta ;

  • i.   Lesen Memandu CDL: (Pemandu Komersial) untuk:
  • ii.  Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas E (Motolori), Kelas H (Jentera Beroda)
  • iii. Lesen Vokasional GDL (Kenderaan Barangan) untuk Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer – Bersendi)
  • iv. Lesen Vokasional PSV: (Kenderaan Perkhidmatan Awam)
  • Kelas D (Van / Bas Mini), Kelas E (Bas)

Cara Permohonan

  • Tarikh tutup: 31 Julai 2022 (Ahad), 11.59 malam
  • Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf  di Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah yang berhampiran atau

Dokumen Sokongan

  1. Pemohon WAJIB melampirkan dokumen tambahan iaitu
    • Salinan lesen memandu yang dimiliki
  2. Hantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Asnaf,

Bahagian Agihan Zakat

Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh, Perak.

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut berkaitan Program Lesen Memandu MAIPk, sila hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf: 019-5711384

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!