i-Saraan KWSP Untuk Individu Bekerja Sendiri
i-Saraan KWSP Untuk Individu Bekerja Sendiri ~ Sukacita dimaklumkan i-Saraan KWSP dibuka untuk permohonan. Inisiatif ini dibangunkan bagi membantu kewangan golongan suri rumah, usahawan, peniaga dan yang bekerja sendiri.
Apa Itu i-Saraan KWSP ?
i-Saraan KWSP merupakan peluang yang diberikan kepada golongan yang bekerja sendiri, suri rumah ataupun tiada pendapatan tetap untuk melakukan carumah KWSP.
Dengan inisiatif ini, pemohon berpeluang untuk memiliki simpanan tunai di KWSP sebanyak RM 100,000 ke atas.
Tidak hanya itu, kerajaan juga akan memberikan bantuan sumbangan sebanyak 15% tambahan dalam bentuk caruman maksimum KWSP sejumlah RM 250 setahun setiap kali anda buat caruman sendiri.
Bagi program i-Saraan ini, tiada had minimum carumah KWSP ditetapkan tetapi bayaran maksimum tidak boleh melebihi RM 60,000.
Panduan Daftar i-Saraan KWSP
Bagi yang berminat untuk mendaftar, anda boleh hadir ke cawangan kaunter KWSP dekatan dan ikuti panduan di bawah :
- Bawa bersama kad pengenalan/ MyKad untuk tujuan rekod dan pengesahan oleh pegawai bertugas.
- Sila isi borang i-Saraan KWSP 16G(M) bagi pendaftaran KWSP kali pertama.
- Isi borang KWSP 6A(2) untuk tujuan bayaran caruman.
Anda juga boleh memohon secara online dengan mengisi borang melalui pautan di bawah :
Faedah i-Saraan
Antara faedah yang boleh diperoleh menerusi caruman i-Saraan :
- Memberi manfaat kepada mereka yang tiada pendapatan tetap dan bekerja sendiri untuk membuat caruman.
- Boleh membuat caruman mengikut kemampuan kewangan.
- Boleh mengeluarkan simpanan bila-bila masa.
- Insentif 15% daripada simpanan dan terhad kepada RM 250 setahun.
- Dapat nikmati dividen tahunan.
Syarat-Syarat Kelayakan i-Saraan
Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon ialah :
- Warganegara Malaysia
- Orang yang bekerja sendiri
- Mendaftar sebagai Ahli KWSP
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Individu yang bekerja sendiri tiada pendapatan tetap atau pekerja berpencen.
- Mencarum apa-apa amaun pada bila-bila masa. (Amaun caruman sukarela sehingga maksimum RM 60,000 setahun).
Cara Pembayaran Caruman
Caruman boleh dilakukan dengan cara-cara berikut :
- Perbankan internet (Pemindahan wang secara elektronik)
- Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek)
- Ejen Bank Berdaftar (BSN)
- Kaunter KWSP (Tunai maksimum RM 500 / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar)
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan di bawah :
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan