Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i) : Syarat & Cara Mohon

Bagi memudahkan pembiayaan bayaran balik hartanah, anda kini boleh memohon Skim Saraan Bercagar Islamik atau SSB-i yang patuh syariah.

Skim ini telah dilancarkan pada Januari 2022 dan merupakan produk pembiayaan pinjaman rumah pertama di bawah Cagaran Berhad (Perbadanan Gadai Janji Negara) dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Dengan adanya skim ini, ia mampu membantu menyara kehidupan individu selepas pencen dengan memberi pendapatan tetap setiap bulan sepanjang hayat melalui cagaran rumah.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Skim Saraan Bercagar Islamik secara lebih lanjut.

Skim Saraan Bercagar Islamik

Apa Itu Skim Saraan Bercagar (SSB)?

Skim Saraan Bercagar (SSB) merupakan sejenis pinjaman yang disasarkan bagi warga tua atau pesara yang memiliki rumah dan membolehkan mereka menukar aset besar yang dimiliki iaitu harta kediaman kepada aliran pendapatan bulanan tetap sepanjang hayat mereka, tanpa mengorbankan pemilikan sambil terus tinggal di rumah tersebut.

Baca Juga : Skim Perubatan MADANI : Perkhidmatan Kesihatan Percuma B40

Skim Saraan Bercagar Islamik

Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i)

SSB-i merupakan adalah pembiayaan gadai janji berbalik Islam yang membolehkan warga emas berumur 55 tahun ke atas, memanfaatkan nilai rumah mereka yang dibayar penuh dan menukarnya kepada pembayaran tunai secara bulanan untuk menambah dana persaraan mereka sehingga umur 120 tahun, tanpa mengorbankan status pemilikan rumah.

Skim Saraan Bercagar Islamik juga berteraskan patuh syariah (Syariah Komoditi Murabahah melalui pengaturan Tawarruq) dan diberikan pengecualian duti setem yang sama seperti SSB sehingga akhir 2023.

Skim Saraan Bercagar Islamik

Fungsi SSB dan SSB-i

Kedua-dua skim ini berfungsi dengan cara seseorang mencagar rumah sama ada secara persendirian atau bersama bagi mendapatkan pendapatan tetap bulanan tanpa tempoh matang.

Meskipun rumah telah dicagar, anda masih dianggap pemilik hartanah dan tetap boleh mendiami rumah tersebut tanpa bayaran balik sehinggalah anda meninggal dunia, barulah ia akan dijual oleh pihak Cagamas.

Lebih menguntungkan lagi, sekiranya selepas dijual (apabila anda telah meninggal dunia / berumur 120 tahun) semua lebihan keuntungan akan diserahkan kepada pewaris. Sebaliknya, jika hasil jualan kurang, pihak Cagamas akan menanggung baki pinjaman rumah anda 100%.

Kadar Bayaran Bulanan Yang Diperoleh

Untuk ketahui jumlah bayaran bulanan yang boleh diterima, anda boleh cuba gunakan kalkulator yang disediakan oleh Cagamas.

Untuk makluman, nilai bayaran yang akan diterima adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti :

  • Umur peminjam
  • Jika pinjaman bersama, umur peminjam yang lebih muda akan digunakan.
  • Nilai, lokasi dan jenis hartanah – Lebih tinggi nilai hartanah, lebih tinggi bayaran bulanan yang bakal diterima. 

Syarat Memohon

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

A. Syarat Kelayakan (Peminjam)

  • Peminjam mestilah warganegara Malaysia
  • Peminjam wajib berumur 55 tahun dan ke atas.
  • Pemilik persendirian atau bersama bagi rumah kediaman yang dicagarkan.
  • Bagi pinjaman bersama, peminjam bersama boleh terdiri daripada rakan kongsi, ibu bapa, adik beradik atau anak, tertakluk kepada had umur.

B. Syarat Kelayakan (Hartanah) – SSB

  • Hartanah kediaman di Malaysia atas nama Peminjam (pemilikan bersama untuk Pinjaman RM bersama)
  • Peminjam diduduki dan tempat kediaman utama
  • Harta pegangan bebas atau harta pajakan dengan baki tempoh pajakan tidak kurang daripada 90 tahun
  • Tanpa beban dan bebas gadai janji

C. Syarat Kelayakan (Hartanah) – SSB-i

  • Hartanah kediaman di Malaysia yang dipegang atas nama Peminjam/Pelanggan.
  • Bagi permohonan bersama, pemilikan bersama diperlukan.
  • Pegangan Bebas atau Pajakan (baki tempoh tidak kurang daripada 90 tahun)
  • Hartanah mestilah diduduki pemilik dan menjadi tempat kediaman utama.
  • Hartanah bebas daripada gadai janji atau bebanan hutang.
  • Tidak tertakluk kepada sebarang Hibah (hadiah) termasuk Hibah Amanah
  • Nilai Harta : Tiada had. Walau bagaimanapun, untuk pengiraan jumlah pembayaran, hanya maksimum RM1.5 juta akan digunakan untuk kediaman bertingkat dan maksimum RM3 juta untuk kediaman atas tanah.

Cara Mohon SSB dan SSB-i

Hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang tersenarai di bawah :

  • KWSP Kuala Lumpur
  • KWSP Petaling Jaya
  • KWSP Johor Bahru
  • KWSP Seberang Jaya
  • KWSP Ipoh
  • KWSP Seremban
  • KWSP Melaka

2. Ambil ujian pra-penilaian untuk menentukan kelayakan anda.

3. Buat temu janji dengan Penasihat Kewangan AKPK

4. Lengkapkan modul nasihat kewangan gadai janji terbalik (Reverse Mortgage) bersama-sama AKPK di mana-mana cawangan AKPK yang terdekat.

5. Akhir sekali, hantar borang permohonan anda untuk pinjaman Skim Saraan Bercagar (SSB) atau SSB-i kepada pihak Cagamas. Pastikan anda melampirkan borang pengesahan kehadiran AKPK serta dokumen sokongan lain yang berkaitan bersama-sama permohonan anda.  

Anda boleh muat turun borang permohonan di pautan ini :

BORANG PERMOHONAN SSB

Cara Mohon SSB / SSB-i Secara Online

  1. Untuk memohon secara online, sila ke pautan : https://digitalssb.cagamas.com.my/main-page
  2. Semakan kriteria kelayakan (https://digitalssb.cagamas.com.my/eligibility-criteria)
  3. Hadiri temujanji dengan AKPK
  4. Hadiri Kaunseling di Pejabat AKPK
  5. Terima ‘Sijil Pengesahan Kehadiran’ daripada AKPK
  6. Hantarkan permohonan di pautan https://digitalssb.cagamas.com.my/login

Kewajipan Peminjam / Pelanggan

  • Penyelenggaraan harta dengan baik
  • Pembayaran yuran berkaitan dengan penyelenggaraan hartanah seperti taksiran, cukai tanah, yuran penyelenggaraan, dana terikat untuk penyelenggaraan, bil utiliti dan lain-lain.
  • Tidak dibenarkan keluar daripada rumah melainkan atas sebab perubatan atau keadaan kesihatan yang semakin tua (persetujuan daripada Cagamas diperlukan)
  • Memaklumkan kepada Cagamas tentang sebarang perubahan mengenai butiran pelanggan dan penama

Peranan Penama

  • Sebagai pengantara untuk Cagamas apabila peminjam meninggal dunia
  • Memaklumkan kepada Cagamas apabila peminjam/pelanggan meninggal dunia
  • Menerima surat/notis yang dihantar oleh Cagamas apabila peminjam/pelanggan meninggal dunia

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai skim ini, sila layari laman web Cagamas di pautan https://ssb.cagamas.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!