Permohonan Skim Bantuan Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang
Bagi asnaf fakir dan miskin yang memerlukan bantuan makanan, Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah membuka permohonan bagi para asnaf untuk mendapatkan makanan di bawah Skim Bantuan Makanan Kecemasan (ZPP).
Untuk makluman, ZPP merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang bertanggungjawab mengutip dan menygagihkan zakat di Pulau Pinang.
Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, salah satu bantuan yang ditawarkan oleh ZPP bagi membantu para asnaf ialah Skim Bantuan Makanan Kecemasan.
Objektif skim bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan asnaf Fakir dan Miskin yang memerlukan bantuan segera dari sudut makanan dan keperluan asas ketika pelaksanaan PKP 3.0.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Pemohon mestilah dalam kategori asnaf Fakir dan Miskin.
- Pemohon tiada pendapatan atau pendapatan tidak melebihi Had Al Kifayah.
- Pendapatan yang melebihi Had Al Kifayah boleh dipertimbangkan sekiranya terjejas sepanjang tempoh PKP 3.0.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://zakatpenang2u.com/bantuankhas.
- Klik bahagian Skim Bantuan Makanan.
- Isi maklumat dengan betul dan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik kotak pengakuan pemohon dan klik butang ‘Hantar.’
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Jika Berkenaan)
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan permohonan yang telah dilakukan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://zakatpenang2u.com/bantuankhas.
- Klik butang ‘Semak Status Permohonan.’
- Masukkan No. Kad Pengenalan/Pasport Pemohon, no. telefon yang didaftarkan, dan no. rujukan borang (no rujukan boleh disemak melalui email semasa menghantar borang).
- Klik butang ‘Semak Status.’
- Keputusan semakan dipaparkan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Makanan Kecemasan, sila hubungi Team Peduli Asnaf Zakat Pulau Pinang melalui senarai talian di bawah:
- Team Peduli Asnaf 1: wasap.my/60183994313
- Team Peduli Asnaf 2: wasap.my/60189899974
- Team Peduli Asnaf 3: wasap.my/60189899975
- Team Peduli Asnaf 4: wasap.my/601128724558
- Team Peduli Asnaf 5: wasap.my/601110853394
- Team Peduli Asnaf 6: wasap.my/60183994345