Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200

Bagi setiap bayi yang dilahirkan di negeri Perak, Kerajaan Negeri Perak bersetuju memberikan sebanyak RM200 melalui inisiatif Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak.

Untuk makluman, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Perak dan diuruskan oleh Yayasan Perak sejak 2010 bagi setiap bayi yang dilahirkan di negeri tersebut.

Menerusi tabung ini, ibu bapa bayi yang layak akan menerima wang sebanyak RM200 yang akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Tujuan utama tabung ini diwujudkan adalah untuk menggalakkan ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan untuk anak-anak mereka sejak mereka lahir lagi.

Syarat Permohonan

Bgai syarat permohonan, ibu bapa yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
  2. Ibu bapa mestilah dilahirkan di negeri Perak; atau
  3. Ibu bapa dilahirkan di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun; atau
  4. Ibu bapa dilahirkan di Negeri Perak tetapi anak dilahirkan di daerah yang bersempadan dengan negeri Perak (hospital bersalin sempadan di Selangor, Kedah, dan Pulau Pinang).
  5. Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM5,000 sebulan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan menerusi salah satu tempat berikut:
    – Pejabat Yayasan Perak
    – Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Perak
    – Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN
    – Muat turun melalui pautan file:///C:/Users/mohdi/Desktop/Borang%20Tabung%20Simpanan%20Pendidikan%20Anak%20Perak%20dan%20SSPN%20-%2022062020.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan betul dan lengkap.
  3. Dapatkan sokongan dan perakuan yang diperlukan.
  4. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:

    Yayasan Perak,
    Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,  
    No. 111, Jalan Sultan Idris Shah, 
    30000 Ipoh, Perak

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Surat Pengesahan Bermastautin Negeri Perak-pengesahan penghulu mukim/ketua kampung (jika berkaitan).
  2. Surat Pengesahan Bermastautin Negeri Perak lebih 10 tahun-pengesahan penghulu mukim/ketua kampung (jika berkaitan).
  3. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid.
  4. Salinan MyKad ibu dan bapa.
  5. Salinan Penyata Pendapatan (disahkan pegawai daripada kumpulan pengurusan dan professsional Gred 41/Gred 3.
  6. Borang Pembukaan Akaun SSPN.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau layari http://yayasanperak.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!