Bantuan Ibu Bersalin Sarawak RM450 | Borang Permohonan & Semakan
Bantuan Ibu Bersalin Sarawak (BIB) sebanyak RM450 di berikan kepada ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak. Untuk download borang permohonan, semakan permohonan dan cara mohon boleh di rujuk seperti berikut.
Bagi mereka yang sudah bersalin, tempoh terakhir untuk membuat permohonan mendapatkan insentif ini adalah tiga bulan selepas melahirkan anak. Ini merupakan tempoh paling maksimum kerana bantuan ini hanya untuk masa tiga bulan bukan sepanjang tahun.
Apa Itu Bantuan Ibu Bersalin Sarawak
BIB merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Ianya juga bagi membantu meringankan beban dari segi kewangan selepas melahirkan anak
Syarat dan Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
- Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.
Dokumen diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon (Depan dan Belakang);
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport Suami/Penjaga (Depan dan Belakang);
- Salinan Sijil Perkahwinan Sekiranya Pemohon Bukan Berstatus ‘K’;
- Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);
- Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon;
- Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / Sijil Lahir Bayi.
(Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas /Ketua Kaum/Ketua Masyarakat).
Cara Permohonan
Permohonan BIB boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:
Permohonan Online
Permohonan dibuat melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store
Manual
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).
Borang permohonan manual
Peringatan /Makluman
- Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020;
- Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak tanpa sebarang notifikasi dihantar; dan
- Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Ibu Bersalin Sarawak, anda boleh hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke [email protected]
Website : https://isarawakcare.sarawak.gov.my/