MyPSV Bantuan Lesen E-Hailing PSV Percuma 2023

Bantuan MyPSV Lesen E-Hailing 2023 secara percuma kepada B40 yang layak dikini boleh dimohon bermula 3 Julai 2023 sehingga mencapai kouta yang telah ditetapkan.

MsPSV telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia iaitu YB Loke Siew Fook. Ianya disasarkan khusus untuk golongan B40 yang terjejas pendapatan terutama sejak penularan wabak covid-19.

Sebanyak 2 juta di peruntukan oleh kerajaan bagi program MyPSV yang akan memanfaatkan 3,500 bakal pemandu e-hailing dan 500 bakal pemandu bas di kalangan komuniti B40.

Bagi memudahkan perniagaan e-hailing, kementerian pengangkutan Malaysia juga telah menaikan had usia kereta bagi tujuan e-hailing  dari 10 tahun hingga ke 15 tahun.

Ujian teori PSV dan GDL juga dimansuhkan di mana pelajar-pelajar hanya perlu hadir dan lengkapkan khusus teori sahaja

Program MyPSV 2023 Bantuan Lesen E-Hailing

mypsv

MyPSV merupakan inisiatif kerajaan Madani melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk membantu kumpulan B40 yang masih terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-hailing/Teksi/Bas (BTM >7,500kg) serta membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan serta gig ekonomi

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan termasuklah kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (E-hailing/Teksi) dan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (Bas BTM >7,500)

Tempoh Permohonan Bantuan Lesen MyPSV

Permohonan untuk program MyPSV 2023 ini dibuka mulai 3 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan

Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja iaitu:

  • PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta Sahaja
  • PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta Sahaja

Syarat Kelayakan

mypsv 2023
  1. Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Pemohon mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.
  3. Pemohon mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.
  4. Pemohon tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan
  6. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  7. eserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  8. eserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  9. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja

Kos Yang Tidak Ditanggung Program MyPSV

  1. Pemohon (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
  2. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.

Cara Permohonan Program MyPSV

Bagi anda yang berminat untuk menyertai program MyPSV, permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi Borang Permohonan MyPSV

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu Malaysia
  • Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik (untuk permohonan yang LULUS sahaja)

Salinan kad pengenalan dan lesen memandu perlu di muat naik ketika mengisi borang permohonan online MyPSV.

  • Kad Pengenalan -(bahagian depan dan belakang) berwarna dengan latar belakang kertas putih A4. (Format PDF sahaja) (Contoh:  883399093344.pdf)
  • Kad lesen memandu (bahagian hadapan) berwarna dengan latar belakang kertas putih A4. (Format PDF sahaja) (Contoh: Nama Pemohon.pdf)

Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel [email protected] untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan

Semakan Permohonan MyPSV

Untuk semakan status permohonan MyPSV, hanya peserta yang layak sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel.

Bagi pemohon yang tidak menerima tawaran atau apa-apa maklum balas dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan, permohonan adalah dianggap gagal

Tiada sebarang rayuan dibenarkan bagi permohonan yang gagal

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan program bantuan Lesen MyPSV percuma, anda juga boleh hubungi :

Baca juga : MyLesen GDL 2.0 : Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!