Pemakaian Baju Batik Malaysia Penjawat Awam Wajib

2023 Pemakaian Baju Batik Malaysia diwajibkan untuk Penjawat Awam Setiap Khamis berkuatkuasa pada 21 Ogos 2023.

Dengan arahan terbaru yang dikeluarkan oleh Jataban Perkhidmatan Awam, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, dibatalkan. Dimana semakan terhadap Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 menyatakan pemakaian batik Malaysia pada setiap Khamis, digalakkan

Walaubagaimana pun, ketetapan pemakaian batik itu dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.

“Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan sejak 1985.

Pemakaian Baju Batik Malaysia Diwajibkan Untuk Penjawat Awam Setiap Khamis

SURAT EDARAN JPA.100-1/4/1 (13) BERTARIKH 21 OGOS 2023 – PEMAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM: (TERBARU 21 OGOS 2023)

surat pekeliling pemakaian baju batik penjawat awam 2023
pemakaian baju batik

Surat ini juga boleh dimuat turun menerusi pautan berikut ; https://www.jpa.gov.my/pengumuman/3129-surat-edaran-pemakaian-pakaian-batik-malaysia-semasa-waktu-bekerja-bagi-pegawai-perkhidmatan-awam-persekutuan

Kerajaan Malaysia melalui Surat Edaran JPA.100-1/4/1 (13) bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed, telah mengeluarkan arahan terbaru tentang pemakaian Batik Malaysia kepada seluruh pegawai awam persekutuan dan dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

  • WAJIB memakai BATIK MALAYSIA (bukan batik negara lain) pada SETIAP HARI KHAMIS.
  • DIGALAKKAN memakai Batik Malaysia pada hari bekerja yang lain.
  • Dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.

* Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 dibatalkan.

* Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 dimansuhkan.

* Surat Edaran bilangan JPA(S)TT. 193/37/Jld.4(86) bertarikh 30 Jun 2005 dibatalkan.

* Surat Edaran JPA(S)TT.193/37/Jld.4(57) Bertarikh 9 November 2004 terbatal.

* Perenggan 2.1.4 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985 terbatal.

Contoh Baju Batik Malaysia Penjawat Awam

Perincian batik Malaysia yang boleh dipakai oleh penjawat awam boleh dirujuk menerusi Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006: FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF SEBAGAI PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN MENGHADIRI UPACARA RASMI

Antara yang dinyatakan adalah seperti :

  • Batik Malaysia sahaja.
  • Berlengan panjang (tidak boleh dilipat).
  • Berkolar baju Melayu Cekak Musang berbutang 3; atau berbutang 5; atau
  • Berkolar Nehru berbutang terselindung; atau
  • Berkolar Mandarin berbutang 3.
  • Jika dipakai dengan kot, baju batik tersebut perlu dimasukkan ke dalam seluar.
  • Pegawai wanita boleh memakai pakaian sedia ada seperti pakaian kebangsaan baju kurung atau kebaya atau pakaian-pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja atau semasa menghadiri upacara rasmi selaras dengan peraturan sekarang. (Maksudnya – Boleh juga dari jenis kain batik Malaysia).
baju batik malaysia lelaki
baju batik malaysia lelaki

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pemakaian baju batik Malaysia Penjawat Awam anda juga boleh melayari website Jabatan Perkhidmatan Awam di https://www.jpa.gov.my/

Soalan Lazim F.A.Q

Apakah definisi batik Malaysia?

Definisi batik Malaysia adalah seperti berikut: Batik Malaysia merupakan seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan batik dengan menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak. Batik Malaysia terdiri daripada:

  • Batik Lukis
  • Batik Terap
  • Batik Sutera Saring
  • Batik Alternatif

Maklumat lanjut baju batik Malaysia adalah seperti pautan berikut: https://www.kraftangan.gov.my/index.php?com_content&id=296

Adakah pegawai awam lelaki dibenarkan memakai baju kemeja batik Malaysia berlengan pendek?

Tidak boleh. Pegawai awam lelaki hendaklah memakai baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang berdasarkan Jadual Tatacara Pemakaian Pakaian Batik Malaysia di perenggan 4 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 – Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi.

Adakah pegawai perubatan dan petugas kesihatan masih tertakluk dengan ketetapan pemakaian batik memandangkan pegawai klinikal memakai lab coat semasa bekerja?

Tidak, pegawai awam yang dibekalkan pakaian seragam adalah dikecualikan daripada pemakaian pakaian batik Malaysia termasuk petugas kesihatan yang memakai lab coat.

Bolehkah pegawai wanita memakai tudung bercorak batik sahaja dan bukan pakaian batik Malaysia?

Tidak boleh

Adakah pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib jika enggan memakai pakaian batik Malaysia?

Ketua Jabatan boleh menasihati pegawai sekiranya enggan memakai pakaian batik Malaysia. Sekiranya masih ingkar dengan alasan yang tidak munasabah, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Adakah pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam boleh memakai baju batik Malaysia?

Bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam adalah dikecualikan daripada pemakaian pakaian batik Malaysia. Walau bagaimanapun, kebenaran pemakaian batik Malaysia boleh diberikan oleh Ketua Jabatan berdasarkan kepada ketetapan dan kesesuaian masing-masing.

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!