Baucer Pakej Pelancongan Johor Tourism RM100 ~ Jom Tebus Sekarang!

Tahukah anda, bermula 5 November sehingga 30 November, anda boleh menebus baucer percutian Pakej Pelancongan Johor Tourism Interchange sebanyak RM100!

Ini adalah merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor untuk menggalakkan orang ramai bercuti di Johor.  

Menerusi kempen “Kenali Johor, Yok Round Johor”, sebanyak lebih kurang 15, 000 baucer percutian Pakej Pelancongan Johor Tourism Interchange ditawarkan dengan syarat mestilah bercuti di negeri Johor. 

Selain itu, untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Johor, sebanyak 450 pakej pelancongan yang disediakan dari 45 agensi pelancongan yang berdaftar.

Terdapat 3 kategori pakej percutian dalam kempen ini yang boleh anda pilih iaitu, “natural escapade”, “family fun” dan “heritage & culture”. 

Sila teruskan membaca untuk mengetahui cara-cara penebusan baucer tersebut. 

Baucar Pakej Pelancongan Johor

Baucer Pakej Pelancongan

Kempen “Kenali Johor, Yok Round Johor” menawarkan baucer pakej pelancongan Johor yang merupakan usaha sama Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor untuk menggalakkan peningkatan dalam industri pelancongan di Johor.

Terma & Syarat Penebusan Baucer

  • Penerima baucer mestilah berumur 18 tahun ke atas dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Baucer hanya layak digunakan untuk satu transaksi sahaja.
  • Pembayaran dilakukan di platform JTI.
  • Promosi baucer ini tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang tunai.
  • Jumlah baucar adalah terhad, dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa apabila jumlah keseluruhan baucer yang ditawarkan habis di beli.
  • Promosi tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.
  • Baucar boleh ditebus menerusi platform Johor Tourism Interchange (JTI). Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store sahaja.
  • Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.
Baucer Pakej Pelancongan

Cara Untuk Menebus Baucer Pelancongan Tourism Johor 

Baucer Pakej Pelancongan
  1. Anda perlu memuat turun aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) di Google Playstore atau Apple App Store atau terus ke laman web http://johortourism.my/

2. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, sila daftar akaun baru sebagai pengguna aplikasi JTI.

3. Tebus baucar bernilai RM100.00 (terhad kepada 15,000 penebusan terawal sahaja).

4. Anda boleh memilih mana-mana pakej pelancongan melalui pakej sedia ada;  “natural escapade”, “family fun” dan “heritage & culture”. 

4. Jangan lupa pilih tarikh percutian yang anda inginkan.

5. Lengkapkan transaksi pembayaran. 

Untuk sebarang persoalan, sila rujuk FAQ seperti gambar di bawah:

Untuk sebarang persoalan, sila rujuk FAQ seperti gambar di bawah:

Selamat menikmati percutian anda!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!