PPAM – Permohonan Perumahan Penjawat Awam 2023

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Tahukah anda, bagi tahun 2023, Perumahan Penjawat Awam kini layak dimohon oleh pesara kerajaan yang memiliki kad pesara, anak pesara dan penjawat awam melalui lantikan kontrak.

Selain daripada itu juga, rumah PPAM juga terbuka untuk permohonan kepada mana-mana penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuklah Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan juga Badan Berkanun Negeri.

Kelayakan permohonan adalah untuk warganegara Malaysia. Kepada permohonan yang berjaya, semua unit rumah ini adalah bersubsidi dan akan dikenakan moratorium 10 tahun.

Perumahan Penjawat Awam (PPAM) 2023

Perumahan Penjawat Awam 2023

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Konsep Rumah PPAM

Perumahan Penjawat Awam adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

Syarat Permohonan / Kelayakan Perumahan Penjawat Awam (PPAM)

Permohonan hanya terbuka untuk anggota ;

  • Badan berkanun persekutuan
  • Perkhidmatan awam persekutuan
  • Pihak berkuasa tempatan
  • Perkhidmatan awam negeri
  • Badan berkanun negeri
  • Warganegara malaysia
  • Penjawat awam yang telah berpencen,meilih skim bersara dan memiliki kad pesara
  • Penjawat awam (lantikan teap dan kontrak)/ anak pesara kerajaan
  • Moratorium 10 tahun
  • Boleh memohon lebih dari satu projek

Dokumen

Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  3. Salinan slip gaji terkini
  4. Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  5. Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

Cara Permohonan Perumahan Penjawat Awam (PPAM)

Untuk memohon, anda boleh mengikuti langkah-langkah yang berikut;

Pendaftaran

Daftar akaun di pautan https://www.ppam.gov.my/ dan akan mendapat notifikasi kata lalauan melalui emel

Pelancaran
Lihat pelancaran projek-projek tebaru PPAM. Antaranya Perumahan Penjawat Awam Putrajaya, Perumahan Penjawat Awam Bukit Jalil, Perumahan Penjawat Awam Amanjaya, Perumahan Penjawat Awam Presint 16, Perumahan Penjawat Awam Kepong, Perumahan Penjawat Awam Presint 15, Perumahan Penjawat Awam Sabah.

Anda juga boleh menyemak projek terbaru boleh memilih lokasi pilihan anda secara online melalui pautan https://www.ppam.gov.my/project/list

Permohonan
Log masuk melalui pautan https://www.ppam.gov.my/ untuk membuat permohonan

Pengundian
Pengundian akan dilakukan mengikut kaedah yang akan diguna oleh urus setia PPAM

Penawaran
Pemohon yang bejrya akan dimaklumkan melalui emel dan paparan di dalam laman web PPAM

Perjanjian jual beli
anda dikehendakai meneliti kandungan perjanjian jual beli (PJB) sebelum menandatangani PJB tersebut

Penyerahan kunci
Sebaik sahaja projek mendapat sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC), kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PPAM

Semakan Status

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Untuk menyemak status keputusan permohonan perumahan penjawat awam, anda boleh melayari https://apps.ppam.gov.my/check-application dan masukkan no.kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda daftarkan.

Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

  1. Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.
  2. Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  3. Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
  4. Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan, penjawat awam boleh menghantar emel kepada [email protected] atau layari www.ppam.gov.my.

Baca juga : SJKP 2023 Cara Permohonan Pinjaman Rumah Pertama & Syarat

Soalan Lazim F.A.Q

Kelebihan beli rumah PPAM?

Harga unit PPAM jauh lebih rendah berbanding dengan skim perumahan lain
Kadar rata untuk semua unit.
Pelbagai pilihan jenis rumah.
Tinggal berdekatan dengan kawasan kejiranan yang berkembang pesat.
Pembeli kali pertama diutamakan.

Bagaimanakan untuk memohon dibawah Skim Anak Pesara?

Sila rujuk panduan: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/anak_pesara_v1_0.pdf

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!