Cara Tukar Surat Beranak Baru di JPN

Sijil kelahiran adalah antara dokumen peribadi penting yang dimiliki oleh warganegara Malaysia.

Sejak bayi dilahirkan, dokumen tersebut wajib dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan status kewarganegaraan.

Pasti ramai di antara kita mempunyai surat beranak namun keadaannya sudah agak lusuh. Tulisannya mungkin sudah menjadi pudar akibat terlalu lama.

Akibat jarang digunakan, terdapat juga situasi di mana sijil kelahiran dimiliki oleh seseorang individu sudah sampai ke tahap yang tidak sah untuk digunakan.

Ini boleh mengakibatkan masalah apabila seseorang menjalankan urusan yang memerlukan sijil kelahiran sebagai sebahagian daripada bukti pengenalan diri.

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh dapatkan surat beranak baru dengan cara yang mudah.

Dengan rekaan yang lebih moden, sijil kelahiran versi baharu yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini juga mempunyai beberapa ciri keselamatan yang canggih bagi mengelakkan kes pemalsuan dokumen.

Proses mendapatkan sijil surat beranak baru untuk tukarkannya kepada yang baru juga dikenali sebagai ‘Cabutan Daftar Kelahiran’.

Cara tukar surat beranak baru sebenarnya mudah sahaja. Prosesnya juga sangat cepat dan tidak menelan kos yang tinggi.

Ingin tahu cara tukar surat beranak baru? Ayuh kita ikuti perkongsian Mawarni Sani di Facebook.

Baca Juga : Border Pass Malaysia : Cara Mohon, Syarat & Had Perjalanan

cara tukar surat beranak baru

Cara Tukar Surat Beranak Baru di JPN

Bawa kad pengenalan asli dan salinan. Jangan lupa untuk bawa juga surat beranak asli.

Bayar RM 5.00 untuk dapatkan surat beranak baru. Sila ambil maklum yang JPN kini menggunakan transaksi menggunakan kad debit.

Tunggu sebentar untuk pemprosesan sijil surat beranak baru.

Menurut Mawarni, anda juga boleh tukarkan surat beranak baru untuk pasangan. Cara-caranya adalah :

  • Bawa surat nikah asli dan salinan
  • Bawa satu salinan kad pengenalan wakil yang hadir
  • Buat pembayaran RM 5.00

Maklumat Lanjut

 Untuk keterangan lanjut mengenai cara tukar surat beranak baru, sila rujuk ke cawangan JPN terdekat atau layari laman web rasmi JPN di pautan berikut : https://www.jpn.gov.my/my/

Anda juga boleh baca dengan lebih lanjut mengenai prosedur mendapatkan sijil kelahiran baru di pautan berikut :

https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran/semenanjung/pen-cabutan-sm

Sumber : Facebook Mawarni Sani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!