Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023

Dalam komitmen kerajaan dalam membudayakan al-Quran dalam kalangan masyarakat, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun (MTHQK) kembali lagi pada edisi ke-65.

Ia juga merupakan manifestasi komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkasakan syiar Islam di negara ini.

Dianjurkan pertama kali pada tahun 1960, MTHQK bermatlamat dalam melahirkan generasi qurani di Malaysia yang memahami intipati Kitab Suci ini untuk diaplikasikan dalam amalan kehidupan seharian.

Acara ini merupakan program tahunan dan dianjurkan secara bersama melalui kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta beberapa Jabatan / Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) bermula dari 11 hingga 16 Jun 2023 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.

Baca Juga : Kalendar Islam 2023 / 1444H JAKIM Malaysia (PDF)

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Penambahanbaikan Format Pertandingan

Sejak tahun 2020, penganjuran MTHQK telah mengguna pakai pelbagai teknologi terkini bagi melancarkan pengurusan serta memberikan lebih daya tarikan kepada acara ini.

Antara penambahbaikan dalam format pertandingan yang turut diperkenalkan dalam MTHQK 2023 ini adalah :

  • Peserta Tilawah wajib membaca dua (2) lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.
  • Peserta Hafazan pula diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa 2 minit.

Siaran Televisyen dan Live Streaming Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 juga akan bersiaran secara langsung di saluran TV1 RTM, TV Al-Hijrah, radio-radio milik RTM, radio IKIM FM, WEB TV JAKIM (www.jakim.tv).

Anda juga boleh menonton secara online streaming di beberapa platform seperti laman Facebook Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia dan JAKIM bermula jam 9.00 hingga 10.30 malam.

Penyertaan MTHQK 2023

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

MTHQK 2023 dijangka akan melibatkan penyertaan seramai 112 peserta daripada seluruh negeri.  

Secara umumnya, setiap negeri diwakili oleh lapan (8) peserta iaitu dua (2) peserta dalam pertandingan Tilawah Al-Quran manakala enam (6) peserta dalam pertandingan Hafazan Al-Quran.

Penglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini menjadikan jumlah perserta Tilawah adalah seramai 29 orang; iaitu 14 orang Qari dan 14 orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qari.

Hafazan pula bakal menyaksikan seramai 80 orang perserta, dengan para huffaz lelaki dan wanita akan bertanding dalam 3 kategori seperti berikut iaitu:

  • Kategori Pertama = 10 Juzuk (14 lelaki dan 13 wanita)
  • Kategori Kedua = 20 Juzuk (14 lelaki dan 14 wanita)
  • Kategori Ketiga = 30 Juzuk (13 lelaki dan 12 wanita)

Kesemua peserta berumur di antara 10 hingga 25 tahun.

Penjurian

Seramai 32 hakim terlibat iaitu 17 orang untuk menilai bacaan para peserta Tilawah.  Manakala para huffaz pula akan dinilai oleh 15 hakim.   ]

Jemaah hakim akan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM. 

Aspek-aspek bacaan yang akan dinilai oleh para hakim ini ialah kelancaran bacaan (fasohah), hukum tajwid, suara, persembahan dan tarannum.

Hadiah Untuk Johan Tilawah & Johan Hafazan

Johan tilawah dan johan hafazan 30 juzuk akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000. Kadar baharu bermula pada tahun 2023 di mana johan tahun 2022 mendapat hadiah wang tunai RM 15,000.

Acara ini bakal menyaksikan seorang Qari dan seorang Qariah akan dinobatkan sebagai pemenang.

Johan peserta Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun ini akan mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan diadakan pada 19 hingga 24 Ogos 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Maklumat Lanjut

Untuk perkembangan terkini mengenai Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023, sila ikuti laman media sosial JAKIM seperti berikut :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!