Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat

Terkini kemudahan Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat maksimum (5) lima hari setahun kepada pegawai perkhidmatan awam yang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat diluluskan kerajaan.

Pemberian kemudahan ini adalah sebagai galakan kepada penjawat awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dalam negara dengan pertubuhan yang diluluskan. Penambahaikan pertaturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.5.7 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Masyarakat)

Tarikh Mula Kuatkuasa

Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat
Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat

Kemudahan cuti tanpa rekod penjawat awam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat ini berkuatkuasa mulai 23 September 2022

Baca juga; Akta Cuti Parteniti 7 Hari Dilanjutkan Dari 3 Hari Sebelum Ini

Tempoh Cuti Maksimum

Kemudahan diberikan maksimum (5) lima hari setahun tidak termasuk hari rehat mingguan,hari pelepasan mingguan dan hari keleasan am

Kelayakan Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat

Kemudahan cuti tanpa rekod kepada pegawai perkhidmatan awam yang melaksanakan aktiviti khidmat masyarkat dengan pertubuhan yang diluluskan dilaksanakan seperti berikut ;

  • Kemudahan diberikan maksimum (5) lima hari setahun tidak termasuk hari rehat mingguan,hari pelepasan mingguan dan hari keleasan am
  • Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada 4 jam, pegawai hendaklah menggunakan peraturan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah perintah Am 5 Bab G- mematuhi waktu bekerja (Ceraian SR.4.2.2)
  • Permohonan cuti tanpa rekod hendaklah dikemukakan kepada ketua jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan
  • Kelulusan kemudahan cuti tanpa rekod ini tertakluk kepada pertimbangan ketua jabatan atas kepentingan perkhidmatan dan penggunaan kemudahan cuti tanpa rekod ini dicatatkan dalam buku rekod perkhidmatan.
  • Kemudahan cuti tanpa rekod ini diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut kemudahan cuti tanpa rekod untuk aktiviti khidmat masyarakat, anda boleh rujuk terus di laman web https://www.jpa.gov.my/

Soalan Lazim Berkenaan Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat F.A.Q

Bilakah Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat ini berkuat kuasa?

Peraturan ini berkuat kuasa mulai 20 September 2022

Adakah pegawai lantikan personel MySTEP layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat ini?

Tidak layak.  Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat tidak terpakai kepada personel MySTEP

Adakah pegawai yang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat anjuran yayasan yang didaftarkan di bawah Trustees (Incorporation) Ordianance (Sabah Cap.148) boleh memohon Cuti Tanpa Rekod ini?

Boleh.  Pegawai boleh memohon Cuti Tanpa Rekod untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat ini kerana yayasan yang didaftarkan di bawah Trustees (Incorporation) Ordianance (Sabah Cap.148) termasuk dalam definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat)

Sekiranya pertubuhan/ persatuan di bawah Perintah Am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, adakah pegawai yang menjadi ahli kepada pertubuhan/ persatuan tersebut layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod tersebut?

Layak.  Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pertubuhan yang diisytihar oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di bawah Perintah am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) merupakan pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Udara DiRaja Malaysia merupakan pasukan sukarela di bawah Perintah Am 41 Bab C (Cuti). Sekiranya pegawai yang menjadi ahli kepada pasukan tersebut menyertai aktiviti khidmat masyarakat bagi membantu mangsa bencana banjir, adakah pegawai tersebut layak memohon Cuti Tanpa Rekod tersebut?

Layak.  Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pasukan sukarela tersebut diperuntukkan penubuhannya di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) seperti mana definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7

Adakah kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai untuk aktiviti khidmat masyarakat di luar negara?

Tidak.  Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai bagi aktiviti khidmat masyarakat di dalam negara sahaja.

Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat diadakan melebihi lima (5) hari, apakah cuti lain yang boleh digunakan? 

Pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod ini terhad kepada maksimum lima (5) hari setahun tidak termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat berkelayakan, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji bagi tempoh yang melebihi lima (5) hari tersebut

Sekiranya pegawai tidak menggunakan Cuti Tanpa Rekod ini pada tahun semasa, adakah cuti Cuti Tanpa Rekod tersebut boleh dibawa ke tahun berikutnya?

Tidak boleh.  Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai pada tahun semasa sahaja dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya sekiranya tidak digunakan

Adakah kadar Cuti Tanpa Rekod maksimum lima (5) hari ini hanya boleh digunakan untuk sekali penyertaan dalam aktiviti khidmat masyarakat?

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini tidak terhad kepada bilangan aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan sebaliknya tertakluk kepada bilangan hari yang digunakan. Pegawai boleh menggunakan baki Cuti Tanpa Rekod yang ada untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang lain tertakluk kepada maksimum lima (5) hari.   Cuti Tanpa Rekod ini boleh digunakan secara sekali gus atau pun secara berasingan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Pegawai hanya mengemukakan gambar aktiviti khidmat masyarakat yang disertai bersama pertubuhan yang diluluskan kepada Ketua Jabatan untuk memohon Cuti Tanpa Rekod ini. Adakah gambar tersebut boleh dianggap sebagai dokumen pembuktian semasa memohon Cuti Tanpa Rekod ini?

Tidak boleh.  Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.

Adakah aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan boleh diberi Cuti Tanpa Rekod?

Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan tersebut dianjurkan oleh pertubuhan yang diluluskan, maka Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat maksimum lima (5) hari setahun.

Adakah pegawai perlu memohon Cuti Tanpa Rekod atau menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G sekiranya p egawai hhanya menyertai aktiviti khidmat masyarakat t dengan pertubuhan yang diluluskan bagi tempoh tiga (3) jam?

Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat (4) jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Ba wah Perintah Am 5 Bab G Mematuhi Waktu Bekerja (Ceraian SR.4.2.2)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!