Tarikh Buka Sekolah KPM 2022 Ditangguhkan Susulan Banjir
Tarikh Buka Sekolah KPM 2022 Ditangguhkan Susulan Banjir ~ Tidak lama lagi sesi persekolahan sepatutnya akan dimulakan semula bagi sesi 2022.
Namun, susulan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini dan menjejaskan beberapa negeri, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin bersama pengurusan tertinggi KPM telah membincangkan penyelarasan terkini berkaitan sesi persekolahan bagi tahun 2022.
Seperti yang kita sedia maklum, penggal 3 sesi persekolahan akan dilaksanakan; sesi persekolahan bagi tahun 2021 dilanjutkan sehingga Mac.
Sesi Persekolahan Penggal 3 Dilewatkan Seminggu
Kepada ibu/bapa dan penjaga terutamanya yang akan mendaftar anak ke prasekolah atau Tahun 1 nanti, sila ambil maklum tarikh penting yang dinyatakan di bawah.
Dr Radzi Jidin telah menjelaskan dalam sebuah kenyataan bahawa KPM akan menunda pembukaan sekolah penggal 3 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari ini kepada;
- 9 Januari 2022: negeri-negeri Kumpulan A
- 10 Januari 2022: negeri-negeri Kumpulan B
Nota:
- Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu
- Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Kenyataan Media Penangguhan Tarikh Permulaan Sesi Persekolahan Penggal 3, 21/22
Manakala, jadual persekolahan Penggal 3 yang terkini akan dikongsikan oleh KPM melalui sebuah siaran media dalam masa terdekat.
Sesi Persekolahan Penggal 3 ini diwujudkan adalah susulan berlakunya pandemik COVID19. Objektifnya adalah bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Dalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.
Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023
Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan B.
Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022
Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah:
Sumber: https://www.facebook.com/DrRadziJidin/videos/639886640477431