UPBMG 2023 – Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru

Pendaftaran UPBMG 2023 – Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru telah dibuka bermula 12/6/2023 sehingga tarikh tutup pada 17/7/2023.

Tarikh Ujian Membaca, Menulis dan Mendengar akan dilaksanakan pada 23 September 2023. Manakala Ujian Bertutur akan dijalankan pada 25-27 September & 2 Oktober 2023.

Pendaftaran boleh dibuat secara online. Berikut maklumat mengenai pendaftaran dan pelaksanaan ujian ini.

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) 2023

upbmg 2023

Bagi guru-guru yang pertama kali mendengar istilah UPBMG untuk apa, ianya adalah singkatan bagi Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru. Dimana ianya telah dicadangkan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 untuk semua guru bahasa Melayu (BM) yang bertujuan untuk menghasilkan guru bahasa Melayu yang kompeten dan profesional.

Empat kemahiran yang diuji dalam UPBMG ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Antara objektif ujian UPBMG ini dilaksanakan ialah ;

  • Mengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu opsyen dan bukan opsyen.
  • Meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui kursus kecekapan berbahasa secara berfokus

Rasional pelaksanan ujian ini adalah para Guru Bahasa Melayu perlu mencapai minimum Tahap 5 mengikut Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Baca juga : Lagu Guru Malaysia : Video & Lirik ‘Kami Guru Malaysia’

Manfaat

  • Mengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru bukan opsyen khususnya.
  • Meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu dan bukan opsyen Bahasa Melayu.

Kumpulan Sasar

Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu sama ada yang opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen bahasa Melayu. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 calon guru terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM

  • Guru opsyen dan bukan opsyen Tingkatan 6
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah atas
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah rendah
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah kebangsaan
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Cina
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Tamil

Kemahiran Yang Akan Diuji dalam UPBMG

Kemahiran bahasa meliputi empat komponen utama iaitu:

  • Kemahiran Mendengar
  • Kemahiran Bertutur
  • Kemahiran Membaca
  • Kemahiran Menulis

Kemahiran Mendengar

Mendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Mendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Mendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM.

Kemahiran Bertutur

Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.

Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif.

Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema.

Kemahiran Membaca

Membaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Kemahiran Menulis

Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya

Calon Ujian Penguasaan Bahasa Melayu 2023

upbmg 2023

Untuk makluman, tidak semua guru bahasa melayu perlu mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hanya calon Guru bahasa melayu yang terpilih sahaja perlu mendaftar dan mengambil ujian ini. Pemilihan calon akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk semakan sama ada anda calon UPBMG 2023, semakan boleh dibuat dengan login ke sistem pendaftaran UPBMG di portal MPM UPBMG di https://www.mpm.edu.my/

Pendaftaran UPBMG 2023

Bagi tahun ini, pendaftaran boleh dibuat pada ;

  • Tarikh pendaftaran : 12/6/2023
  • Tarikh tutup pendaftaran : 17/7/2023

Cara pendaftaran, guru bahasa melayu yang terpilih untuk menduduki UPBMG boleh membuat pendaftaran secara online menerusi http://apps.mpm.edu.my/upbmg/public/register

Tarikh Peperiksaan

Sila maklum tarikh bagi setiap ujian UPBMG akan dilaksanakan pada tarikh seperti berikut ;

  • Ujian Membaca, Menulis dan Mendengar : 23 September 2023
  • Ujian Bertutur : 25-27 September & 2 Oktober 2023

Semakan Keputusan UPBMG 2023

Calon boleh menyemak keputusan UPBMG di laman sesawang MPM selepas minggu ketiga.

Bagi calon gagal mencapai tahap yang ditetapkan dalam UPBMG, calon perlu menduduki kursus kecekapan berbahasa Guru Bahasa Melayu secara berfokus

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) 2023 anda boleh hubungi

Baca juga : eGTukar Login Kali Pertama,Cara Daftar &  Terlupa Kata Laluan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!