Skim Pelajar Bekerja WEZAS UPSI 2022 : Peluang Kerja Sambil Belajar
Skim Pelajar Bekerja WEZAS UPSI 2022 ~ Ingin bekerja sambil melanjutkan pelajaran ? Kini anda boleh ! Dengan satu inisiatif yang dijalankan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pelajar akan didedahkan kepada suasana kerja semasa melanjutkan pelajaran.
Skim Pelajar Bekerja ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan tanpa menjejaskan pengajian mereka.
Skim ini telah terbukti berjaya dan telah membantu ramai pelajar setiap tahun. Ia juga melibatkan pelbagai jabatan, pejabat dan fakulti di universiti tersebut.
Manfaat Skim Pelajar Bekerja WEZAS
Melalui skim ini, WEZAS UPSI akan memberikan manfaat kepada pelajar seperti berikut :
Memupuk bakat muda dan mendedahkan pelajar kepada persekitara kerja semasa pengajian.
Membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk jana pendapatan tambahan tanpa menjejaskan sesi pengajian.
Mendedahkan pelajar kepada pengalaman bekerja yang kondusif dan pada masa yang sama membantu jabatan dan fakulti menyiapkan tugasan dengan lebih optimum.
Kriteria & Skop Kerja
Kriteria kelayakan dan skop kerja bagi setiap skim jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Pembantu Wakat & Zakat
- Terbuka kepada lelaki dan wanita
- Minat dengan aktiviti penjanaan Dana Kewangan Islam
- Bersemangat meneroka perkara baru
- Boleh bekerja di luar kawasan apabila perlu (perbelanjaan akan ditanggung)
- Bertanggungjawab membantu penjanaan Dana menggunakan medium offline dan online
- Mahir menggunakan aplikasi TikTok adalah satu kelebihan
Pembantu Operasi & Kewangan
- Terbuka kepada lelaki dan wanita
- Minat dengan aktiviti pengurusan pejabat serta dokumentasi
- Bersemangat dalam meneroka sesuatu yang baru
- Boleh bekerja di luar kawasan apabila perlu (perbelanjaan akan ditanggung)
- Bertanggungjawab membantu aktiviti pentadbiran, kewangan dan operasi PTj
Cara Memohon
Calon yang berminat boleh kemukakan permohonan secara online melalui pautan berikut :
https://myapps.upsi.edu.my/ejob/
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Pelajar Bekerja, sila ke laman web rasmi WEZAS di pautan