Tawaran Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor 2022
Berita baik untuk atlit sukma negeri Johor, Tawaran Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor 2022 telah dibuka.
Pelajar yang juga atlit sukma negeri johor yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke insitut pengajian tinggi dalam atau luar negara di pelawa untuk memohon bantuan dermasiswa ini.
Bantuan pendidikan ini merupakan inisiaitf Majlis Sukan Negeri Johor untuk membantu meringankan beban pelajar di samping menggalakan untuk para atlet untuk tidak mengabaikan pendidikan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 september 2022
Syarat Permohonan
Pelajar yang ingin membuat permohonan ini perlu la mematuhi syarat-syarat permohonan seperti yang berikut ;
- Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor, atau telah bermastautin di negeri tersebut tidak kurang 5 tahun berturut-turut.
- Pemohon mestilah telah mendaftar tempat di mana-mana IPT di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA).
- Pemberian Dermasiswa Sukan hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat berasaskan kepada semester pengajian dengan syarat keputusan peperiksaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor.
- Pemohon hendaklah menggunakan Borang DS-MSNJ yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak.
- Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Institusi Pengajian Tinggi.
- Salinan surat pengesahan pendaftaran/keputusan peperiksaan bagi setiap penggal/semester.
- Salinan Sijil berhenti persekolahan dan surat akaun (Testimonal).
- Salinan sijil-sijil persekolahan: SPM/STPM/SPMV/HSC/Diploma/Ijazah dan lain sijil jika ada.
- Salinan surat sijil pengesahan mewakili Negeri Johor di Sukan Malaysia (SUKMA)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan jika ada
Cara Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor
Cara permohonan bantuan dermasiswa adalah seperti berikut
- Dapatkan borang permohonan dengan muat turun borang permohonan Skim pada pautan berikut
- Isi maklumat dan lengkapkan borang permohonan anda.
- Semak dan pastikan semua maklumat yang diberi adalah tepat dan betul.
- .
- Hantar borang yang telah lengkap diisi berserta Salinan dokumen yang telah ke alamat:
Pengarah
Majlis Sukan Negeri Johor,
Aras 1, Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor.
(Up : Urus Setia Skim Bantuan Dermasiswa)
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor, anda boleh layari website https://www.riseup.my/ atau sila layari Facebook Majlis Sukan Negeri Johor atau hubungi ;
- Telephone: 07-266-1698 / 07-266-1699
- Office: 07-224-6457 / 07-266-6234