Tawaran Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Sesi 2022/2023

Tawaran Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sesi tahun 2022/2023 telah dibuka. Pinjaman ini dibuka untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.

Permohonan boleh dibuat secara online bermula 1 Jun 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 20 September 2022.

Kerajaan Pulau Pinang mempelawa mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran dan memerlukan bantuan pinjaman kewangan khususnya kepada rakyat Pulau Pinang atau mereka yang telah bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.

 

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2022

Bantuan pinjaman pendidikan kerajaan Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebagagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

Jumlah Pinjaman

Berikut ialah senarai jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus ;

  • Ijazah Sains RM 6,000 setahun
  • Ijazah Sastera RM 5,000 setahun
  • Diploma Lanjutan Sains RM 5,000 setahun
  • Diploma Lanjutan Sastera RM 4,000 setahun
  • Diploma RM 4,000 setahun
  • Sijil RM 2,000 setahun

Baca juga : Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022 (Diploma)

Pinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:

Ijazah (Sains)

  • RM 5,000  setahun .
  • Jangkamasa maksimum 5 tahun

Ijazah (Sastera)

  • RM 4,000  setahun
  • Jangkamasa maksimum 4 tahun

Diploma RM 3,000 3 tahun

  • RM 3,000 setahun
  • Jangkamasa maksimum 3 tahun

Pinjaman kepada pengajian peringkat Sarjana dan PhD (pengajian dalam negeri sahaja):

Sarjana

  • RM 6,500 setahun
  • Jangkamasa maksimum 3 tahun

PHD

  • RM 8,000  setahun
  • Jangkamasa maksimum 3 tahun

 

Faedah Bayaran Balik Pinjaman

Tempoh pembayaran balik pinjaman adalah 5 tahun dan faedah yang dikenakan 1% daripada keseluruhan pinjaman.

 

Syarat Permohonan

  • Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
  • Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
  • Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
  • Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
  • Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
  • Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 – Jun 2020).
  • Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya)
  • Permohonan adalah secara online.

Syarat Penjamin Pinjaman Pendidikan Kerajaan Pulau Pinang

  1. Penjamin mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Penjamin mestilah berumur antara 21 hingga 55 tahun sahaja.
  3. Seorang Penjamin yang berpendapatan RM2,000 dan ke atas.
  4. Peminjam yang belum menyelesaikan keseluruhan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang tidak layak menjadi Penjamin.
  5. Tidak diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

 

Dokumen Yang diperlukan

Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
  • Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
  • Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
  • Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
  • Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan. Sila Klik Untuk Contoh MQA

 

Cara Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut : https://epp.penang.gov.my
  • Paparan terbaik sistem adalah melalui penggunaan Google Chrome ke atas dengan paparan resolusi skrin 1024 x 768. Pengguna tidak digalakkan membuat permohonan secara online melalui paparan di telefon bimbit
  • Tarikh Buka Permohonan: 1 Jun, setiap tahun.
  • Tarikh Tutup Permohonan: 20 September 2022. Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.

Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan dan dihantar dalam tempoh  2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat emel [email protected] . Atau melalui serahan tangan ke kaunter alamat berikut:

LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT

NEGERI PULAU PINANG,

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,

PARAS 29, KOMTAR,

10503 PULAU PINANG

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pinjaman Penuntut di talian 04-6505391,5165,5627

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan Kerajaan Pulau Pinang sesi 2022/2023, anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/profile.php?id=100069067035174 . Anda juga boleh hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!