UPUOnline KPT: Semak Keputusan & Rayuan Kemasukan IPT 2021/2022

Individu yang telah memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi Akademik 2021/2022, anda boleh membuat semakan keputusan secara atas talian melalui UPUOnline mulai 16 Julai 2021.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan calon yang telah memohon ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terbabit melalui UPUOnline boleh membuat semakan keputusan mulai 16 Julai 2021 jam 12.00 tengah hari.

Untuk makluman, semakan ini adalah bagi permohonan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang telah dibuka mulai 4 Januari hingga 7 April 2021 yang lalu.

Selain itu, KPT juga membuka permohonan rayuan bagi calon status gagal dalam keputusan permohonan tersebut.

Dasar Pengambilan Pelajar

KPT memaklumkan dasar pengambilan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA adalah melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Penentuan merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal, dan sebagainya.

Pengesahan Setuju Terima

Calon dalam status berjaya mendapatkan tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima dan mencetak surat tawaran.

Surat tawaran tersebut boleh dicetak mulai 17 Julai sehingga 26 Julai 2021 di laman web IPTA dan ILKA yang terlibat.

Selain itu, surat tawaran tersebut dikeluarkan setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan keputusan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web semakan di pautan berikut:
    jpt.utm.my
    jpt.uum.edu.my
    jpt.unimas.my
    jpt.ums.edu.my
    jpt.umt.edu.my
  2. Masukkan no kad pengenalan calon tanpa ‘-‘
  3. Klik butang ‘Masuk’ atau ‘Ok’
  4. Keputusan status tawaran dipaparkan.

Permohonan Rayuan

Pemohon yang gagal mendapat tawaran bagi program Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan.

Permohonan rayuan tersebut dibuka dalam tempoh 11 hari iaitu mulai 16 Julai hingga 26 Julai 2021 di pautan https://upu.mohe.gov.my.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA juga boleh dibuat secara terus tanpa perlu melalui UPUOnline.

Tawaran Penempatan

Penawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

KPT memaklumkan, dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kepada tempat kekosongan yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) KPT di talian 03-8870 6765/6769/6121/6829/6751/6774 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!