eGTukar Login Kali Pertama,Cara Daftar &  Terlupa Kata Laluan

Panduan Login eGTukar kali pertama, cara daftar eGTukar dan terlupa kata Laluan

Bagi para guru yang pertama kali mendaftar dan mengunakan sistem eGTukar 2023 disini, kami kongsikan panduan, dan cara-cara mengunakan eGTukar.

Untuk makluman, e-Gtukar adalah sistem yang dibangunkan bagi urusan pertukaran guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada sekolah rendah atau menengah.

Sistem ini yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:

  • Guru- Hanya pengguna yang telah didaftarkan oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini. dan;
  • Pentadbir Sistem- Hanya pentadbir sistem yang telah dilantik oleh KPM sahaja dibenarkan untuk  menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Permohonan pertukaran tempat bertugas boleh dibuat secara online menerusi e-Gtukar melibatkan pertukaran antara bahagian atau negeri, antara daerah dan dalam daerah.

Statistik Pertukaran

Statistik pertukaran antara negeri bagi kategori sekolah menegah antara negeri bagi sesi Januari 2022 adalah seperti berikut:

Manakala, statistik pertukaran bagi kategori sekolah rendah antara negeri bagi sesi Januari 2022 adalah seperti berikut:

Kriteria Layak Membuat Permohonan

KPM memaklumkan terdapat 3 kriteria utama para guru boleh membuat permohonan pertukaran tempat bertugas iaitu:

  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan jawatan
  3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Gred Guru Yang Boleh Membuat Pertukaran

Tidak semua gred guru boleh membuat permohonan pertukaran tempat bertugas melalui e-Gtukar.

Gred guru yang layak membuat permohonan adalah seperti berikut:

Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada

  • DG29
  • DG32 (KUP Time-based)
  • DG34 (KUP Time-based)
  • DG38 (KUP Time-based)
  • DG41
  • DG42 (KUP)
  • DG44 (KUP Time-based)
  • DG48 (KUP Time-based)
  • DG52 (KUP Time-based)
  • DG54 (KUP Time-based)
  • Guru Cemerlang
  • Guru Tingkatan 6

Cara Daftar Login eGTukar

Untuk makluman, bagi permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGTukar.

Sebelum anda boleh mendaftar melalui eGTukar, sila pastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal

Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

Untuk makluman anda, Kementerian Pendidikan Malaysia memberi kebenaran akses di peringkat sekolah hanya kepada Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir untuk menyemak, mengemaskini dan mengesah maklumat guru menerusi eOperasi. Manakala guru-guru dikehendaki menyemak dan menyesahkan maklumat menggunakan ID pengguna dan kata laluan masing-masing.

Cara Login eGTukar Pertama Kali

login egtukar kpm
  1. Layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/
  2. Masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan
  3. Klik OK
  4. Anda kini dalam sistem eGTukar
  5. Klik PERMOHONAN
  6. Lengkapkan maklumat permohonan
  7. Sila muat naik dokumen yang diperlukan
  8. Klik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar
  9. Save/Simpan salinan permohonan anda
  10. Cetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu
  11. Sila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan

Terlupa Kata Laluan Tak Boleh Login eGTukar

Sekiranya anda terlupa kata laluan,

  • Sila klik butang ‘Lupa kata laluan eGtukar’ semasa login atau terus ke pautan ini = https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
  • Isikan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
  • Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna sementara akan dihantar kepada emel yang telah didaftarkan

Tukar Kata Laluan

Untuk tukar kata laluan, sila ikut langkah-langkah berikut ;

  • Login eGTukar
  • Masukkan id, nombor kad pengenalan dan kata laluan sementara yang dihantar ke emel yang anda daftarkan
  • Klik pada “Tukar Katalaluan”
  • Semua ruangan yang disediakan adalah wajib untuk diisi. Maklumat mengenai soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna
  • Masukkan kata laluan yang baru
  • Sahkan kata laluan yang baru
  • Klik OK

Cara Membuat Permohonan Pertukaran

permohonan egtukar 2023

Untuk makluman permohonan pertukaran hanya akan di buka sebanyak empat kali setahun.

Permohonan eGTukar Sesi 2023

  • Permohonan di buka : 
  • Permohonan Januari : Status permohonan telah di tutup pada 24 Januari 2023

Tarikh permohonan eGTukar 2023 seterusnya akan di maklumkan kelak. Anda juga boleh menyemak kemaskini tarikh permohonan menerusi pengumuman yang di buat menerusi portal https://epgo.moe.gov.my/

Cara Membuat Semakan eGTukar

Untuk membuat semakan keputusan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://epgo.moe.gov.my/.
  2. Login eGTukar dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No Kad Pengenalan.
  3. Klik bahagian semakan untuk mengetahui keputusan pertukaran.
  4. Setelah selesai, klik pada bahagian ‘Log Keluar.’

Anda juga boleh download manual pengguna eGTukar 2.0 dalam file pdf seperti berikut

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut atau masalah teknikal seperti Login eGTukar atau mengenai sistem e-Gtukar sila hantar email ke [email protected].

Jika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:

  • Pejabat Pendidikan Daerah
    • Permohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
  • Jabatan Pendidikan Negeri
    • Permohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
    • – Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
  • BPLTV
    • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional
  • BPI
    • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.
  • BPSBP
    • Permohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh
  • BPKHAS
    • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
  • BSKK
    • Permohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.

Soalan Lazim F.A.Q

Bagaimana jika KATA LALUAN saya tidak diterima?

Pemohon boleh menghubungi pegawai unit sekolah di PPD/JPN untuk mendapatkan bantuan berkaitan.

Bagaimana jika saya terlupa KATA LALUAN saya?

Pemohon boleh merujuk panduan seperti di atas. Pemohon juga boleh menghubungi pegawai unit sekolah di PPD/JPN untuk ‘reset’ kata laluan pemohon

Bagaimana jika saya telah melengkapkan permohonan saya dan Pengetua / GB saya juga telah membuat pengesahan tetapi saya ingin membetulkan data atau membuat perubahan dalam permohonan saya?

Pemohon boleh memohon secara rasmi (melalui surat, dsb) kepada pihak PPD/JPN untuk membatalkan permohonan yang telah dibuat dan kemudian pemohon boleh membuat permohonan baharu. Proses ini mesti dilakukan dalam tempoh permohonan pertukaran di e-GTukar

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!