Lagu Guru Malaysia : Video & Lirik ‘Kami Guru Malaysia’
Guru merupakan insan yang penting bagi setiap manusia. Tanpanya, bangsa tidak akan terdidik dengan adab serta ilmu bagi menempuh kehidupan.
Mereka jugalah yang tidak pernah putus asa berkongsi nasihat serta menjadi pedoman buat para pelajar.
Bagi mengenang jasa serta pengorbanan para guru, semua sekolah di Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.
Selain meraikan dengan majlis istimewa, para guru juga akan menyanyikan sebuah lagu.
Sebuah lagu khas telah dicipta bagi menyemarakkan lagi rasa semangat pada tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa.
Lagu Kami Guru Malaysia yang dihasilkan dengan rentak Cha Cha ini merupakan karya Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad, seorang pengajar yang berasal dari Kedah.
Satu fakta menarik tentang lagu ini ialah ia telah dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Lagu & Lirik Guru Malaysia yang diadakan pada tahun 1988.
Sehingga ke hari ini, lagu ini masih menjadi nyanyian para guru di seluruh negara terutamanya pada sambutan Hari Guru.
Pada tahun ini, tema bagi sambutan Hari Guru adalah ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.’
Baca Juga : 20 Contoh Hadiah Hari Guru Yang Praktikal, Harga Berpatutan
Lirik Lagu Kami Guru Malaysia
LAGU KAMI GURU MALAYSIA
Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Adaptasi & Kredit: Mahadzir Mad Said & Fali Azman
Perutusan Hari Guru 2023
Berikut merupakan perutusan Hari Guru 2023 daripada Ketua Pengarah Pendidikan dan Menteri Pendidikan Malaysia.
Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysua
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan Prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.